Remaja Panjat Mercu Tanda IPOH Buat Hal Lagi – Kali Ni Dengan…

Tempoh hari, negara dikejutkan dengan geng-geng remaja bertindak untuk memanjat mercu tanda Ipoh tanpa sebarang alat keselamatan. Mereka melakukan perkara sedemikian adalah kerana mereka peminat dan penggemar sukan ekstrim, dan hobi tersebut mendorong mereka untuk melakukan perkara yang lebih dahsyat.

Akan tetapi, mereka telah pun tampil untuk membuta permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat awam khususnya Malaysia kerana merasakan perbuatan mereka salah disisi undang-undang. Remaja tersebut terdiri daripada Norfarihan Baharudin, 24 tahun, Azlina Azmin, 21 tahun, Nor Farina Baharudin, 22 tahun, Muhammad Zaki Nasarruddin, 23 tahun dan Muhammad Faiz Roslee yang juga 23 tahun.

Gambar sekumpulan remaja memanjat mercu tanda IPOH

 

Namun, untuk kali ini pulak, mereka tampil semula dengan memanjat semula mercu tanda tersebut, dengan membawa bendera MALAYSIA.

Boleh cek link video sini: https://twitter.com/lameymon/status/909393338259800064

Leave a comment

Your email address will not be published.


*