Resepi Ayam Goreng Viral. McD Pun Kalah!

Ayam goreng merupakan makanan mewah pada zaman dahulu, namun pada masa kini, ayam goreng boleh dinikmati oleh sesiapun. Kewujudan Restoran Francais seperti KFC mengangkat ayam sebagai makanan utama. Namun tahukah anda bahawa anda juga boleh menjadi tukang masak ayam goreng yang boleh mengalahkan restoran-restoran ini? Berikut merupakan resepi ayam goreng viral yang dikongsikan oleh para netizen.

Ayam goreng ala MCD / KFC

Bahan-bahan perap.

1 ekor ayam di potong 8
8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit soda bikarbonat
Sedikit air

Bahan-bahan utk salut ayam (A)
1 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam (B)
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda

Cara-cara penyediaan:

1.Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan

2.Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata2.

3.Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan – bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pd tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B

4.Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dlm tempoh 10-15minit.

Siap!

Selamat mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *