Rezeki Orang Mengandung, Datuk Seri Siti Nurhaliza Diiktiraf Sebagai Muslim Berpengaruh Di Dunia!

Selepas pengumuman hamil selama 4 bulan tidak lama sebelum ini, diikuti pula dengan penganugerahan gelaran Datuk Seri oleh Sultan Pahang, nampaknya rezeki Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak putus-putus sejak kebelakangan ini. Atas berkat kesabaran beliau dalam menimang cahaya mata, tidak sangka makin murah pula rezeki beliau.

Siti menerusi Instagramnya berkongsi berita gembira memuatnaik screenshot antara senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2018 bagi kategori seni dan budaya.

 

 

Lebih membanggakan, Siti telah dipilih termasuk dalam senarai untuk 3 tahun berturut-turut. Bukan calang-calang pencapaian boleh melayakkan diri untuk 3 kali kan? Namun semestinya beliau sudah tentu layak memegang posisi berkenaan.

Senarai itu dikompilasikan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan. Laporan itu dikeluarkan secara tahunan dengan kerjasama Prince Al Waleed bin Talal Centre untuk Muslim-Christian Understanding bagi Georgetown University di Amerika Syarikat.

“Alhamdulillah, saya sekali lagi termasuk dalam senarai untuk kali ketiga. Satu penghargaan apabila tersenarai lagi sekali. Dengan bakat yang ada, saya akan cuba untuk sertai seberapa banyak aktiviti untuk menyatupadukan Muslim seluruh dunia dan menjadi contoh yang baik”, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza atas penganugerahan tersebut. Semoga semakin murah rezeki.

 

Sumber: New Straits Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *