Salah Satu Hukuman Pelik Yang Tidak Menyakitkan Tetapi Kejam ( White Room )

Dalam dunia ini, pelbagai jenis hukuman yang dilakukan atas balasan kepada orang yang melakukan kesalahan. Hukuman terhadap pesalah ini telah lama dilakukan.Walaupun kebanyakannya adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah, namun ada juga hukuman yang kejam bertujuan untuk menyiksa pesalah baik daripada segi fizikal mahupun emosi.

 

salah satu hukuman yang kedengaran agak pelik tetapi boleh dianggap sebagai hukuman yang kejam. Hukuman ini diberi nama Bilik Putih ( White Room )

 

White Room

 

Dalam hukuman ini, setiap pesalah akan diletakkan dalam bilik yang serba putih. Seluruh ruang dalam bilik berwarna putih, peralatan, pakaian dan makanan, tiada satu pun warna selain warna putih.  Malah, setiap pesalah itu juga ditempatkan dalam bilik yang sangat sunyi dan kalis bunyi. tiada satu bunyi yang kedengaran melainkan suara sendiri.

 

 

Kesan Psikologi Terhadap Pesakit

 

Jika dilihat hukuman ini tidak la nampak kejam sangat namun jika difikirkan dengan logic hukaman ini dianggapkan sebagai hukuman yang paling kejam. Hukuman White Room ini sebenarnya sejenis hukaman yang kejam dimana ia memberikan kesan yang buruk kepada psikologi seseorang. Ianya akan membunuh deria penglihatan dan pendengaran seseorang. Seseorang yang berada dalm bilik ini dalam tempoh yang lama akan mengalami kekurangan deria malah boleh menghilangkan seluruh deria yang adal dalam diri. Kesan ini juga boleh membuatkan seseorang lupa untuk mengingati orang lain dan juga boleh membuatkan seseorang lupa dengan dirinya sendiri.

 

Hukuman ini juga biasanya sukar untuk hilang dan mungkin akan menghadapinya seumur hidup.

 

Salah seorang bekas banduan yang menjalani hukuman ini berkata :

 

” I was there for eight months and after thosse months i couldn’t remember my father and my mother’s face, ‘Fakhravar stated. ¬†When they released from that prison I was not a normal person.”

 

Terjemahan : Saya telah dipenjarakan selam 8 bulan dan selepas dilepaskan. Saya tidak lagi dapat mengenalpasti dan mengecam mak dan ayah saya. Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya bukan lagi manusia yang normal.

 

Selain daripada Iran, beberapa buah negara di dunia juga pernah menggunakan hukuman ini kepada pesalah. Amerika Syarikat juga menggunakan hukuman ini kepada pesalah yang ditempatkan di penjara rahsia Guantanamo Bay.

Di Venuezela juga, hukuman ini dikatakan pernah dilakukan terhadap banduan. kebanyakkan pesalah dikenakan hukuman ini dilaporkan cuba membunuh diri kerana tertekan. Cara ini selalunya digunakan untuk memaksa pesalah untuk mengaku kesalahan atas kelakuan tanpa menyeksa secara fizikal.

 

Be the first to comment on "Salah Satu Hukuman Pelik Yang Tidak Menyakitkan Tetapi Kejam ( White Room )"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*