SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan

Kini, membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak tidak lagi memerlukan anda untuk menunggu anak anda memberi markah peperiksaan. Anda boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak anda melalui hujung jari sahaja. SAPS Ibu Bapa 2018 merupakan Sistem Analisis Ibu Bapa diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memeriksa keputusan anak anda. Sistem ini juga memerlukan guru-guru untuk memasukkan keputusan pelajar sebelum boleh diperiksa oleh ibu bapa.

Adakah semua keputusan peperiksaan boleh disemak?

Jawapannya tidak. SAPS Ibu Bapa hanya membolehkan ibu bapa untuk memeriksa keputusan berikut :

  1. Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga 6.
  2. keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga 5
  3. Semakan keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM masih belum boleh diperiksa melalui sistem ini.

 

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa 2018

Melalui sistem ini, ibu bapa boleh mendapatkan keputusan terkini keputusan peperiksaan anak-anak anda. Inovasi seperti ini sebaiknya dimanfaatkan untuk memantau perkembangan pendidikan anak-anak.  Sistem ini boleh diakses secara online oleh para ibubapa dan guru-guru.

  1. Jika anda merupakan ibubapa/penjaga murid. anda hendaklah log in di sini – semakan keputusan
    1. Anda diminta untuk memasukkan no. ic/sijil lahir anak anda (tanpa space)
    2. Anda juga diminta untuk memasukkan maklumat sekolah anak anda.
  2. Jika anda merupakan seorang guru dan berhajat untuk memasukkan keputusan peperiksaan anak murid, anda bolehlah untuk log masuk ke laman ini – Masukkan markah murid 
    1. Anda cuma memerlukan no id dan kata laluan untuk log masuk.

Tindakan sekiranya gagal untuk log masuk :

  1. Sekiranya ibubapa gagal untuk log masuk kerana maklumat No IC anak tidak betul, anda hendaklah meminta anak anda untuk melaporkannya kepada Guru Kelas masing-masing.
  2. Sekiranya guru kelas telah dimaklumkan, guru kelas akan mengemaskini maklumat murid di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)  dan melaporkan masalah tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan
  3. Tindakan diatas juga perlu dilakukan sekiranya berlaku salah eja nama murid.

SAPS Ibu Bapa 2018

Melalui sistem yang diinovasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, jelaslah bahawa KPM sentiasa berusaha untuk memudahkan ibubapa untuk memantau pendidikan ana-anak. semoga artikel ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa dan guru-guru untuk mengakses masuk ke portal sepatutnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *