Sedar Fattah Tiada Di Pentas Saat Akhir- Fahrin. Ahmad Dedahkan Plan Asal. Apa Dah Jadi Dengan Fattah AMin?

Kali ini kontroversi mengenai Fattah Amin telah viral di media sosial selepas Fattah Amin dikatakan menghilangkan diri buat kali kedua dalam rancangan Meletop.

Pihak pengurusan Fattah Amin turut tampil bagi mempertahankan Fattah AMin malah turut mengatakan bahawa pihak luar tidak sepatutnya tidak membuat andaian sendiri kerana Fattah sudah membuat kerjanya.

Menerusi laporan Mstar Online, rakan jemputan Fattah Amin Iaitu Fahrin Ahmad turut tidak sedar akan kehilangan Fattah Amin.

Menurut Fahrin, mereka sepatutnya membuat kemunculan awal pada awal segmen tanpa pengacara namun plan tersebut terpaksa ditukar pada saat akhir kerana ketiadaan Fattah. Disebabkan itu, perubahan dibuat dimana Fahrin tampil bersama dengan Nabil dan Neelofa.

Fahrin turut menambah, dia dan Fattah sepatutnya mempromosikan drama My Cofee Prince untuk progrm Hlive. Disebabkan hal tersebut, Fahrin terpaksa bersendirian mempromosikan drama tersebut. Namun begitu, Fahrin masih mampu mengendalikan situasi tersebut berdasarkan pengalamannya.

Sehingga kini Fattah AMin masih belum dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *