Selain bendera Indonesia yang dicetak terbalik, terdapat 4 perkara lagi yang menyebabkan negara lain marah..

Selain bendera Indoneia yang dicetak terbalik, terdapat 4 perkara lagi yang menyebabkan negara lain marah..

 

Kes bendera Indonesia dicetak terbalik kita lupakan sahaja kerana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah membuat permohonan maaf secara rasmi di Hotel Shangrilla, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2017.

 

Dipetik dari Tribunnews.com ternyata terdapat beberapa perkara lagi yang menyebabkan rakyat dan atlit Indonesia tidak senang dengan Sukan SEA yang dianjurkan di negara kita.

 

  • Bendera terbalik

Isu ini sudah diselesaikan dengan Menteri Benia dan SUkan, Khairy Jamaluddin telah membuat permohonan maaf. Isu ini disebabkan hanya bendera Indonesia sahaja yang dicetak terbalik. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia kenara mengangap Malaysia tidak menghormati bendera negara jiran tersebut.

 

  • Layanan yang kurang baik kepada atlit Indonesia

Atlit lompat tinggi Indonesia, Nadia Anggreani mengatakan bahawa tempat tinggal mereka dipindahkan pada saat akhir dan mereka juga tidak disediakan kenderaan untuk ke tempat latihan. Menurut Nadia, ini merupakan teknik tuan rumah suka SEA kali ini untuk menganggu kosentrasi atlit dari negara lain.

 

  • Pasukan bola sepak Indonesia kehabisan makanan di hotel.

Gambar menunjukkan penolong jurulatih pasukan bola sepak Indonesia hanya mampu melihat tempat makanan yang telah kosong. Menurut mereka, sehingga kini tiada jawapan rasmi daripada pihak hotel mahupun peyelengara Sukan SEA.

  • Tiada pemandu bas untuk pasukan bola sepak perempuan Myanmar.

Kejadian ini terjadi setelah pasukan bola sepak wanita Malaysia dibelasah teruk (5-0) oleh pasukan bola sepak wanita Myanmar. Dikatakan, pemandu bas telah ditangkap oleh pihak polis dan ini menyebabkan pasukan bola sepak wanita Myanmar terpaksa menunggu sehingga 11:40 malam.

 

  • Penduduk Myanmar tidak dapat melihat perlawanan bola sepak secara live

Rakyat Myanmar tidak dapat menonton kesemua perlawana Myanmar secara Lansung kerana terdapat limit siaran daripada urusetia tempatan Sukan SEA.

 

Urusetia tempatan Sukan SEA memberi alasan bahawa stadium yang digunakan tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk membuat siaran lansung.

 

Adakah Sukan SEA 2017 disambut baik oleh pelawat daripada negara lain ataupun tidak, sama-sama kita nantikan perkembangannya. Sejauh mana kebenaran hal ini? Sama-sama kita berdoa moga kedua-dua Negara dapat berdamai. Ini kerana kita berasal dari rumpun yang sama.

Be the first to comment on "Selain bendera Indonesia yang dicetak terbalik, terdapat 4 perkara lagi yang menyebabkan negara lain marah.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*