Selalu Ternampak Post Yang Tak Sepatutnya Di Wall Facebook And? Ikuti Tips Mudah Ini Tanpa Perlu Unfriend

Selalunya semasa membuka facebook, kita pasti akan klik homepage Facebook untuk melihat post yang terbuka. Namun, yang tidak menyenangkan apabila kita klik homepage tersebut, akan dipamerkan pelbagai post yang tidak sepatutnya dan mengganggu isi kandungannya. Justeru, perkara ini amat menjengkelkan buat kita selaku pengguna Facebook.

 

Yang lebih memeningkan adalah post atau status tersebut dikongsi oleh kenalan rapat kita. Jika kita mengambil inisiatif untuk “block” profil mereka, takut mereka terasa pula di kehidupan yang sebenar (in real life).

 

Akan tetapi, kini anda tidak perlu risau. Kepada pengguna Facebook yang masih belum tahu, Facebook ada setting tersendiri bagaimana untuk anda sekat kesemua post yang tidak sepatutnya tanpa perlu “unfriend” atau “block”. Jom ikuti langkah mudah ini.

 

Langkah-Langkah Pembersihan Wall Facebook Anda

 

1. Cari post yang menjengkelkan daripada kawan yang ingin anda sekat, kemudian klik pada menu berikut (mengikut tanda anak panah berwarna merah).

 

2. Seterusnya, klik pada fungsi “Unfollow”.

 

3. Dan selesai. Selepas ini semua post yang berkaitan dengan rakan anda tidak akan lagi kelihatan di homepage Facebook anda.

 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat buat kita semua ye.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *