“Selama Tujuh Tahun Dalam Industri Photography, Harini Merupakan Sejarah Buat Aku”…

Siapa sangka bermula daripada hobi dengan mengambil gambar-gambar biasa sahaja, bidang fotografi ni juga boleh dijadikan sebagai bisnes. Rata-rata orang sekarang membuat bisnes fotografi tidak kira sebagai part time mahu pun full time.

Akan tetapi, untuk kali ini, beliau (Ayul Rahman) telah dipanggil kerana dapat inquiry untuk cover job majlis nikah. Yang peliknya, majlis tersebut diadakan di Hospital Selayang! Nak tahu kenapa? Jom baca dengan lebih lanjut.

==================================================================================

Sumber: FB Ayul Rahman

 

Rupanya, beliau mendapat job untuk shoot gambar kat sana kerana bapa kepada pengantin lelaki sedang nazak. So, majlis akad nikah diadakan di sana dengan bersaksikan dengan bapa pengantin lelaki walaupun tenat.

Berikut merupakan hasil seni yang beliau tangkap. Sangat membawa maksud dan sayu.

 

Kasih ibu dan ayah tiada tolok bandingnya. Hargailah mereka ketika mereka masih hidup. Untuk yang telah pergi, sentiasa doakan mereka agar dipermudahkan urusan di sana. InsyaAllah. Salam takziah.

 

“Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro”.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *