Selepas Keluar Dari Lokap, Boy Iman Tidak Serik – Malah Ingin Meneruskan Aktiviti Penipuan Skim Rumah Murah Beliau!

Siapa tidak kenal Boy Iman? Boy Iman atau dikenali sebagai Dato’ Boy Iman yang menerajui syarikat DBI, yang tidak asing lagi namanya dengan penipuan skim penjualan ‘rumah murah’. Sejurus selepas itu, tindakan PPIM berjaya membuatkan Boy Iman dimasukkan ke penjara dan disoal siasat mengenai kesalahannya yang telah menipu ramai orang tentang skim rumahnya tersebut.

Kini, selepas Boy Iman dikeluarkan, dia telah membuat penyataan umum di media sosial Facebook sendiri mengenai pengalamannya dilokap, dan ingin meneruskan kegiatannya yang terdahulu tanpa rasa bersalah!

Saudara Khairul Ezuwan telah menerangkan tentang perangai Boy Iman di status Facebook beliau dan menentang habis-habisan Boy Iman.

==================================================================================

Sumber: Khairul Ezuwan

 

PENDEDAHAN:

SANGGUP SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH & RASUL NAK LEPASKAN DIRI

Nama Allah & Rasul jadi mainan kau jer kan boy . Aku Dah pernah tegur kau dulu , Jangan sesekali mainkan sumpah atas Nama Allah & Rasul untuk menguatkan hujah kau nak membelit Sebab Allah dah aturkan kau sendiri akan terbelit dengan sumpah dusta kau. Allah tak pernah tidur boy . Allah sedang memperkenankan doa-doa orang yang teraniaya yang tiada hijab. Aku hanya perantara menahan & membongkar kegiatan kau & the gang yang sedang tikam menikam sama sendiri .

Bermula 16 Ogos 2016 kau mula menggelupur bila aku istihar Perang pada kau , zubir, Kassim & Anggun . Kenapa aku istihar perang pada korang? Sebab aku ada asas yang kuat untuk menahan @ buat prevention kegiatan korang yang jelas bakal menganiaya lebih ramai orang kat luar sana.

Kau boleh tipu polis boy , kau boleh tipu Mahkamah boy dengan junjung Al-Quran bersumpah atas nama Allah & Rasul sebab itu dah memang permainan kau. Tetapi belum kau sempat bersumpah lagi, hari ini semua orang akan tahu bertapa jijiknya sumpah kau tu. Buktinya kau sanggup pergunakan nama Allah & Rasul bagi menguatkan semua hujah kau dalam teks dengan aku sekitar bulan Ogos 2016 , Ini cerita sewaktu kau giat menarah duit bersama DBI Properties & Juta Kelulut Sdn Bhd . Memang hari ni kau boleh cakap kau takde kena mengena dengan Juta Kelulut Global Resources terutama di Langkawi & Perlis . Ye Itu betul , Tapi boy , waktu kau menagih duit orang ramai dulu , rumah2 contoh Juta Kelulut Global Resources tu la yang kau canang projek korang . Nak tengok bukti jelas? Tengok gambar rumah mana yang kau tunjuk kat aku tu ? Tu Juta Kelulut Global Sdn Bhd yang buat atau Juta Kelulut Global Resources yang buat ? Jawapannya Itu Rumah yang dibuat oleh Juta Kelulut Global Resources di Perlis yang hari ini kau kata takde kena mengena dengan diorang . Waktu kau nak ambil duit dulu kau mengaku kena mengena, Bila dah kantoi kau sedap jer nak lepaskan diri ye . Kau tengok semua figure2 yang kau tulis dalam wasap tu , semua kau menipu . Tapi kau sanggup bersumpah atas nama Allah & Rasul apa yang kau buat tu betul & Tak main2. Murah Sebab Sistem IBS ke , atau murah Sebab Memang takde rumah?

Boy , aku boleh baca semua wayang pacak kau , Aku tahu bagaimana Kau & Anggun cuba mempergunakan platform Juta Kelulut Global Resources. Aku tahu Kenapa korang mempergunakan Satu sama lain . Sebab tu Anggun tak boleh tinggalkan Zubir & Kassim waktu tu , dan kau tak boleh tinggalkan Anggun masa tu Sebab Korang semua menumpang platform Satu sama lain . Anggun dah memang merancang untuk game kau , dan kau pon sama nak game dia . Benda tu telah terbukti hari ni Bila korang tikam menikam antara Satu sama lain . Tetapi mangsa kekal menjadi mangsa. Berapa ramai orang merana atas perbuatan korang ?

Waktu DBI Technology Sdn Bhd kau buat pulak skim rumah kutu @ MLM . Kau apply balik apa yang Zubir buat masa Zuka Management & Resources dalam program Banglo power dulu . Dulu Bukan main kau cakap zubir & Kassim songsang buat rumah MLM . Hakikatnya dia lah Idola kau . Dia ada “Dr” kau pon nak ada “Dr” Tapi kau advance sikit nak nampak real, kau buat majlis konvokesyen tahap budak tadika. Kau ingat kau bijak? Lu fikir la sendiri .

Mula-mula Memang aku dah diam, Tapi bila tengok kebongkakan kau keluar sehari dua ni siap nak mainkan lagi nama Allah & Rasul . Aku wajib turun bongkar lagi kegiatan kau.

Bukan sahaja check mate , aku boleh terus buat game over . Ni semua Baru 30% aku keluarkan. Walaupon kau pernah hantar 2 Kali Notice of demand kat aku , nak saman aku RM2,000,000 . Aku sikit pon tak rasa goyang. Kau sendiri kelam kabut tarik balik NOD tu dulu kan. Kalau nak bagi lagi meh la Bagi lagi , Tapi mintak Tolong Jangan nak acah-acah lagi , tolong saman terus , kita lawan di Mahkamah . Aku tak pernah takut tewas!!!!!

-KEY-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *