Selepas Merempuh Atlet Para, Pemandu Hilux Menyerah Diri

 

Sukan Para Asean merupakan sebuah temasya sukan orang kurang upaya Asia Tenggara yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 17 hari selepas Sukan Asia Tenggara 2017 dari 17-23 September 2017 yang menampilkan 16 jenis sukan. Kali ini merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Sukan Para ASEAN.

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita atlet Paralimpik berbasikal dirempuh oleh sebuah Hilux yang kemudiannya melarikan diri. Namun, beliau sendiri tampil membuat laporan di pejabat polis kira-kira jam 3.45 petang tadi.

 

——————————————————————————————————————-

KUALA SELANGOR: Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sekumpulan atlet berbasikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) pagi tadi sudah tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, berkata lelaki berusia 46 yang beralamat di Pahang itu, membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang.

“Dia akan dibawa ke Balai Trafik Kuala Selangor untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Difahamkan lelaki itu membuat laporan polis kira-kira jam 3.45 petang tadi, sebelum lelaki itu ditahan oleh anggota dan pegawai Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor kira-kira jam 5.30 petang.

Dalam kejadian di KM12.6 Lebuhraya LATAR itu, dua atlet berbasikal Paralimpik negara mengalami kecederaan serius selepas mereka dan dua lagi atlet berbasikal serta jurulatih, Johari Mohd Nayan, dirempuh kenderaan pacuan empat roda.

Mereka dipercayai sebahagian daripada tujuh pelumba yang menjalani latihan dari Kuala Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Dua atlet Paralimpik itu adalah Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Nizam Mohd Ali manakala dua pemandu depan (pilot rider) adalah Mohd Ridzuan Zainal dan Syafiq Suhaimy.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *