Semak Saman Anda Dengan Mudah Melalui Online Atau SMS

Setelah beberapa tempoh kita membawa kenderaan, pernah tak terfikir ada saman ke tak? Kalau ada berapa dah? Haa sekarang ni mudah dah nak cek. Jom ikut cara ni.

Semak Saman Anda Dengan Mudah Melalui Online Atau SMS

1) Melalui Online

Terdapat 3 laman web yang anda boleh layari sekiranya ingin menyemak jumlah saman secara terperinci:

a) MYEG Services

  • Masuk ke laman web www.myeg.com.my.
  • Buat pengguna pertama kali, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan masukkan butir-butir seperti yang diminta.
  • Setelah selesai, masuk (login) menggunakan nama dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
  • Klik eServices pada menu dan pilih PDRM atau JPJ. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  • Pilih yang berkenaan untuk menyemak saman anda.

b) Rilek e-Services

  • Masuk ke laman web https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry
  • Daftar untuk pengguna pertama kali.
  • Setelah selesai, masuk (login) menggunakan nama dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
  • Klik pada menu “Search By” dan pilih kaedh untuk semakan.
  • Masukkan butir-butir yang diperlukan.

Nota: Laman web ini hanya terhad untuk saman PDRM sahaja. Saman juga boleh dibayar terus di laman web ini (online banking CIMB, MAYBANK dan RHB untuk setakat ini).

c) Laman Web JPJ

Laman web ini hanya terhad untuk saman JPJ sahaja. Namun anda boleh semak terus tanpa perlu register.

  • Masuk ke laman web http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  • Dibawah tajuk “Semakan Saman”, klik dan pilih sama ada Nombor ID sahaja atau Nombor ID & Nombor Kenderaan.
  • Pilih kategori ID.
  • Isi No. ID dan No. Kenderaan diikuti dengan kod sekuriti.
  • Klik butang “SEMAK”.
  • Segala maklumat akan dipaparkan.

2) Melalui SMS

Kalau anda kehabisan data, SMS pun boleh.

a) Semak Saman PDRM

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan]

Contoh:

POLIS SAMAN 910101123333 atau POLIS SAMAN BGX1999

b) Semak Saman JPJ

JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan]

Contoh:

JPJ SAMAN 910101123333 atau JPJ SAMAN BGX1999

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*