Semakan keputusan ILKBS (IKBN) Januari 2018

semakan keputusan ilkbs

Berminat untuk menyertai bidang teknikal sebagai platform masa depan? Pada masa kini, bidang teknikal semakin diperlukan dalam industri di negara kita dan juga negara luar. Pelbagai program untuk menaik taraf tenaga berkemahiran tinggi untuk mengisi kekosongan/pekerjaan yang memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi.Untuk tujuan ini, IKBN menawarkan pelbagai kursus yang berlainan mengikut kesesuaian pelatih. Anda telah memohon? Buatlah semakan keputusan ILKBS IKBN kemasukan Januari 2018 sekarang.

Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) Januari 2018

Sebelum membuat semakan keputusan, anda haruslah memohon disini:

Permohonan kemasukan ILKBS IKBN  04/10/2017-08/11/2017

Semakan Keputusan boleh dibuat disini :

ILKBS 29/11/2017

IKBN 29/11/2017

Sekiranya gagal, anda masih boleh membuat rayuan dari 29/11/2017-13/12/2017

Syarat kemasukan ILKBS:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon boleh membaca dan menulis
  • Pemohon berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Pemohon belum berkahwin @ bujang
  • Pemohon sihat tubuh badan
  • Pemohon tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Pemohon belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Pemohon sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Bidang utama yang ditawarkan :

Pelbagai bidang yang ditawarkan kepada pemohon. Anda boleh memohon mana-mana bidang yang anda minati:

  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrikal
  • Teknologi Elektronik
  • Hospitaliti
  • Tekstil
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknolgi Sukan
  • Minyak dan Gas

Semakan Keputusan ILKBS ILKBN 2018

Semoga artikel pada kali ini dapat membantu para pemohon untuk memohon. Semoga berjaya dalam semakan keputusan ILKBS ILKBN kemasukan Januari 2018. Sekiranya anda telah memohon namun gagal, rayuan masih dibuka

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *