Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Semakan keputusan tawaran sbp tingkatan 1

Keputusan UPSR 2018 akan diumumkan pada 23 November 2018 bersamaan dengan hari Khamis. Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018 boleh dibuat selepas keputusan UPSR diumumkan. Permohonan kemasukan SBP Tingkatan Satu 2018 telah bermula sejak 16 Oktober yang lepas.

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Tarikh penting permohonan SBP Tingkatan 1 :

  1. Tarikh buka permohonan : 16 Oktober 2017
  2. Tarikh tutup permohonan : 19 November 2017

Menurut laman web KPM, tarikh semakan keputusan tawaran SBP Tingkatan akan diumumkan selewat-lewatnya 29 Disember 2017.

Semakan keputusan tawaran SBP boleh dibuat di laman web https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Sebagai satu syarat baru kemasukan SBP pada tahun 2018, satu ujian kemasukan akan dibuat iaitu UKSBP (Ujian kemasukan Sekolah Berasrama Penuh). UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di SBP itu sendiri. namun pada masa yang akan datang, Kementerian Pelajaran Malaysia akan meluaskan pusat ujian tersebut. Pada tahun ini, tarikh ujian UKSBP adalah pada ketetapan berikut :

  1. 11-14 Disember 2017 (Selain Selangor)
  2. 12-15 Disember 2017 (Selangor)

Syarat Pemilihan Murid Tingkatan 1:

  • Calon ialah warganegara Malaysia
  • Calon Sekolah Kebangsaan
  • Calon berada dalam Graf Toleransi UKSBP yang dijalankan.
  • Calon merupakan seorang yang cemerlang akademik.
  • Calon merupakan seorang yang aktif dalam kokurikulum.

Mengapa Sekolah Berasrama Penuh?

Tentu anda tertanya-tanya tentang keistimewaan bersekolah di SBP. Secara ringkas, SBP merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang pada peringkat UPSR ataupun PT3. Pada asalnya, tujuan utama penubuhan SBP adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang bijak namun kurang mendapat peluang pendidikan yang sempurna. Ini kerana pada era awal kemerdekaan, sekolah berasrama yang ada hanyalah sekolah Inggeris yang terbas kepada anak-anak raja ataupun orang kenamaan sahaja. Namun kini, SBP terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Secara kasarnya,kuota SBP adalah 90% untuk bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

 

Suasana pembelajaran yang kondusif dan persekitaran yang tenang menjadi salah satu sebab mengapa SBP menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar.

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1

Didoakan semua calon yang telah mebuat permohonan kemasukan agar berjaya dalam semakan keputusan tawaran SBP Tingkatan 1 2018. Jadikan langkah pertama anda berada dalam kelompok yang menuntut ilmu di SBP terarah kepada kejayaan yang lebih besar pada masa kan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *