Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Perhatian kepada semua calon yang memohon untuk memasuki Tingkatan 6, semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh diperiksa di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia apabila tarikh rasmi pengumuman telah diumumkan. Anda dinasihatkan untuk mengetahui tarikh keputusan tawaran bagi tahun-tahun sebelumnya untuk mendapat gambaran awal tarikh keputusan tawaran akan diumumkan. Memilih untuk memasuki Tingkatan 6 juga merupakan langkah awal untuk memasuki Universiti kerana matlamat awal Tingkatan 6 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya membentuk untuk menjadi generasi muda yang berimpak tinggi, glokal dan universal. Lepasan tingkatan 6 ini akhirnya diharapkan dapat membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan  yang memenuhi standarrd antarabangsa.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Tentu anda tertunggu-tunggu berkenaan tarikh tersebut. Sebagai rujukan, berikut merupakan tarikh keputusan tawaran tingkatan 6 pada tahun-tahun sebelumnyua.

Tahun 2017 : 16 April Sehingga 12 Mei 2017

Tahun 2016 : 14 April sehingga 27 Mei 2017

Tahun 2015 : 15 April 2015

Tahun 2014 : 24 April 2014

Daripada tarikh yang dikongsikan, kita dapat simpulkan bahawa pengumuman akan dibuat pada bulan April, selepas sebulan keputusan SPM diumumkan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 :

  1. Lulus SPM (Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia)
  2. Untuk melayakkan diri ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12 unit, aliran Sains tidak melebihi 18 unit, manakala aliran Agama pula tidak melebihi 14 unit.

Semua tawaran kemasukan dibuat secara online. Sekiranya pemohon gagal untuk menempatkan diri, calon hendaklah membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Berminat untuk ke ipg? Baca ini : Senarai IPG di Malaysia

Cara membuat semakan Tawaran :

  1. Semakan secara online
    1. Calon boleh membuat semakan di atas talian di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.  Semakan boleh dibuat apabila tarikh rasmi telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Semakan melalui SMS
    1. Calon juga boleh membuat semakan menerusi sistem MySMS yang telah disediakan. Calon hanya perlu menaip
    2.  Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
      Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Caj penghantaran dan pembalasan akan dikenakan. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat semakan  menerusi SMS

 

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Semoga semua calon yang memohon dapat menempatkan diri di Tingkatan 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *