Semakan Keputusan UPSR Online dan SMS 2017

Semakan Keputusan UPSR

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan semakan keputusan UPSR 2017. Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada Khamis ini iaitu pada 23 November 2017. Para calon UPSR 2017 boleh mendapatkan keputusan UPSR disekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi pada hari yang sama. Jumlah calon yang menduduki UPSR pada tahun ini adalah seramai 443,794 orang dan sebanyak 8,085 pusat peperiksaan diseluruh negara.

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR 2017

Cara membuat semakan keputusan UPSR 2017 boleh melalui offline/online dan sms. Calon boleh membuat semakan keputusan UPSR dengan mengambil slip keputusan di sekolah masing-masing  pada 23 November 2017 ini. Semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2017 melalui MySMS 15888. Perkhidmatan ini akan dibuka pada pukul 10.00 pagi hari yang sama sehingga 29 November 2017.

Semakan Keputusan UPSR melalui SMS

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Cth : UPSR HA14042XXX dan hantar ke 15888

Bermula pada tahun 2016, format peperiksaan UPSR yang baharu dan ditambahbaik telah digunakan. Ianya bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Format yang baru ini juga memberi penekanan kepada penguasaan numerasi, literasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang mana bertujuan unutk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaiian masalah, penaakulan dan kreativiti.Objektif ini adalah sangat baik untuk penilaian keputusan UPSR.

Lembaga Peperiksaan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan keseluruhan peperiksaan UPSR daripada penghasilan kertas peperiksaan, pengendalian peperiksaan, penskoran, penggredan, pengumuman keputusan peperiksaan sehinggalah kepada pengeluaran pernyataan keputusan peperiksaaan. bermula pada tahun 2016 juga, slip keputusan peperiksaan UPSR juga telah berubah berbanding tahun sebelumnya selaras dengan format baru yang telah digunapakai.

Semakan Semula Keputusan UPSR 2017

Calon yang tidak berpuas hati dengan semakan keputusan UPSR 2017 boleh membuat rayuan untuk pemeriksaan semula kertas jawapan anda.

 

Berikut merupakan peraturan permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR :

  1. Calon hendaklah mengemukakan permohonan penyemakan semula kertas dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  2. Calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunkan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/ Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak memggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Calon boleh mendapatkan borang penyemakan semula di sekolah masing-masing, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia http://lp.moe.gov.my
  4. Calon hendaklah menyertakan :
    1. satu salinan keputusan UPSR yang telah disahkan
    2. Wang pos/ Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
    3. Dua sampul berlamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.00
  5. Calon hendaklah membayar sebanyak RM50.00 untuk setiap subjek.
  6. Kaedah bayaran :
    1. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  7. Borang yang telah siap diisi dihantar ke lamat berikut. Tulis “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2017” :

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E11,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit UPSR)

Selamat Membuat Semakan Keputusan UPSR 2017. Didoakan agar para calon UPSR mendapat keputusan yang cemerlang. Jika tidak, anda masih boleh mencuba pada peperiksaan besar akan datang. Pada calon yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh / Maktab Rendah Sains Mara

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *