Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Online

Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh datang lagi. Musim ini sinonim dengan banjir. Hujan juga akan memberi kesan kepada semua penoreh getah kerana pokok getah tidak boleh ditoreh apabila hujan. Dengan harga getah yang sering tidak menentu dan murah, tentulah akan menyebabkan kehidupan para penoreh menjadi lebih susah. Oleh kerana itu, Bantuan Musim Tengkujuh telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui Lembaga Industri Getah Malaysia.

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

  1. Log In disini – Sini
  2. Pemohon hendaklah memuat naik gambar resit yang sah. Jika gagal, permohonan anda mungkin tidak akan diproses ataupun digagalkan.
  3. Masukkan no telefon diruang yang disediakan.
  4. Anda juga boleh menghantar borang permohonan di lembaga industri getah daerah masing-masing

Permohonan bantuan dibuka dari 01 September 2017 sehingga 31 Disember 2017. Bagi yang mengisi borang pada bulan September, bantuan akan diberikan bermula pada bulan November dan begitulah seterusnya.

Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Semakan permohonan boleh dibuat disini – Semakan BMT

Bantuan Musim Tengkujuh adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu para pekebun kecil menghadapi masa-masa sukar semasa musim tengkujuh. Usaha murni ini seharusnya disokong kerana ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap masyarakat. Permohonan cuma perlu dibuat sekali sahaja. Sebanyak RMĀ  261 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu nasib seramai 440 000 pekebun kecil diseluruh negara.

Malaysia merupakan pengeluar getah kedua terbesar dunia. 700 juta tan boleh dikeluarkan dalam masa setahun. Namun apabila musim tengkujug telah tiba, industri getah mengalami kerugian sebanyak 390 juta sebulan. 70 peratus getah yang dieksport adalah dalam produk siap seperti tayar.

Bantuan Musim Tengkujuh

Diharapkan agar artikel ini dapat membantu para pekebun kecil untuk memohon dan mendapatkan hak anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan ataupun kemusykilan, anda boleh menghubungi Lembaga Industri Getah yang berdekatan dengan tempat anda. Bantuan Musim Tengkujuh ini juga amat penting kerana ianya akan dimasukkan ke dlam akaun anda secara terus tanpa adanya orang tengah untuk mengelakkan ketirisan selama 3 bulan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *