Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Semakan senarai hitam ptptn online

Semakan senarai hitam PTPTN Online.  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ataupun lebih dikenali sebagai PTPTN adalah badan yang membantu para peminjamnya untuk melanjutkan pelajaran ke aras yang lebih tinggi. Mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997, PTPTN komited untuk membantu para peminjamnya. Oleh itu, untuk meneruskan fungsi PTPTN, PTPTN berhak untuk memeungut kembali pinjaman yang telah diberikan kepada peminjamnya.

Baca lagi : Tips Pilih Tembikai

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Anda boleh membuat semakan senarai hitam  PTPTN disini:

Semakan senarai hitam – PTPTN

Anda perlu memasukkan No kad pengenalan, No telefon dan  Email untuk membuat semakan. Untuk makluman, peminjam PTPN yang gagal membuat bayaran balik/ tunggakan akan disenaraihitam secara harian. Pastikan anda membuat semakan sebulan lebih awal sebelum ke luar negara.

Semakan senarai hitam – Imigresen

Jika anda telah termasuk dalam senarai hitam, anda dilarang untuk keluar negara. Pasti anda tak ingin ini terjadi ketika anda ingin bercuti bukan? Anda dinasihatkan untuk membuat semakan senaraihitam lebih awal apabila anda merancang untuk ke luar negara atas urusan kerja ataupun bercuti bersama keluarga. bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari penerbangan.

Selain itu, terdapat satu kaedah alternatif ungtuk mengetahui status anda. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan 1 Malaysia (1 MOCC) talian – 0388801000

Baca lagi : Cara Reset Main Switch Untuk Elak Litar Pintas

Tahukah anda bahawa :

  1. Seramai 827921 rakyat Malaysia telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen sejak tahun 2011 sehingga Mac 2016. Angka ini dipercayai bertambah dengan bertambahnya para siswazah yang telah menamatkan pengajian.
  2. Senaraihitam ini dikeluarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), perintah mahkamah, Lembahga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  3. Peratusan tertinggi yang disenaraihitam adalah individu yang bankrap dan kegagalan membayar kepada PTPTN.

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Secara tuntasnya, memiliki hutang akan membuatkan anda terbebean sehingga hutang tersebut dilunaskan. Pembayaran PTPTN haruslah dibuat secepat mungkin untuk memastikan generasi baru dapat merasai nikmat belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan, PTPTN ada memberikan khidmat rundingan untuk membuat penjadualan dan penstrukturan semula bayaran pinjaman. Anda cuma perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat. Semoga anda dipermudahkan untuk menjelaskan semua hutang-hutang anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *