Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Secara Online

Semenjak BR1M diperkenalkan beberapa tahun lalu. Ramai rakyat Malaysia yang menerima manfaat daripada bajet 2018 ini. BR1M 2018 akan dinaikkan kepada semua kategori penerima. Ini tentu merupakan berita gembira yang ditungu-tunggu oleh semua penerima kan? Sebelum itu, buatlah semakan status permohonan BR1M 2018 secara online.

Semakan Status Permohonan BR1M Secara Online

Semakan Status Permohonan BR1M boleh dibuat dengan menggunakan beberapa cara  iaitu :

  • Membuat semakan secara online
    • Semakan boleh dibuat di STATUS BR!M 2018. Pemohon cuma perlu memasukkan no Mykad (12 digit) sahaja. Contohnya : 900424125432
    • Status Permohonan akan terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online
      • Permohonan telah didaftar : Diterima
      • Permohonan masih dalam proses semakan : Dalam proses
      • Perlu membuat kemas kini maklumat permohonan :Ditangguhkan
      • Permohonan berjaya : Lulus
      • Permohonan gagal : Tidak lulus
      • Perlu membuat pertukaran tunai di BSN : Status kredit tidak berjaya.
  • Membuat Semakan Melalui e-Mail
    • Semakan boleh dibuat dengan menghantar email ke br1m@treasury.gov.my untuk pertanyaakn status permohonan . Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
  • Membuat Semakan Melalui Telefon
    • 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • 1-800-88-2716

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Secara Online

  • Pemohon perlu membuat permohonan baru atau kemaskini BR1M 2018 yang akan dibuka bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017 di https://eBRIM.hasil.gov.my/
  • Bagi pemohon yang pernah memohon, anda cuma perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, akaun bank dan maklumat keluarga.

Syarat Kelayakan BR1M  :

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Ketua isi rumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan bawah RM4000
  3. Warga emas dengan jumlah kasar pendapatan bawah RM4000
  4. Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan bawah RM2000
  5. Pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar tidak layak menerima BR1M

 

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Secara Online

Semua pemohon yang layak untuk mendapatkan BR1M bolehlah membuat permohonan ataupun mengemaskini maklumat anda. Jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1m) akan dinaikkan pada tahun 2018. Bagi pemohon yang terlepas peluang, anda boleh membuat rayuan permohonan BR1M. Diharapkan agar semua pemohon mendapat BR1M menggunakan bantuan  tersebut dengan sebaiknya untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *