‘Sengkek’ Setiap Akhir Bulan Pasti Merunsingkan Jiwa. Ini 7 Amalan Untuk Rasa Sentiasa Cukup

Hujung bulan atau bulan tua merupakan masa yang paling kritikal untuk para pekerja yang makan gaji. Istilah ini digunapakai menandakan bahawa gaji semakin susut dan untuk ‘ survive’ sehingga gaji seterusnya,tentulah memerlukan penjimatan maksima dan perbelanjaan minima. Tidak hairanlah, jika banyak pekerja yang terpaksa ‘advance’ gaji ataupin meminjam duit rakan-rakan yang lain.

Walaupun telah banyak penulisan tentang pengurusan kewangan yang baik, penulis terpanggil untuk berkongsi berkenaan dengan amalan yang mudah untuk digunapakai dalam pengurusan kewangan kita.

1. Hulur sebahagian kepada ibu dan ayah.

Ibu dan ayah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Redha Allah terletak pada redha Ibubapanya. Hulurlah sebahagian gaji anda untuk ibubapa. Walaupun tidak banyak, tetaplah berusaha untuk mengasingkan sebahagian duit gaji Tabung Haji

2. Ingat urusan anak.

Sekiranya anda seorang ayah, utamakan dahulu urusan keluarga. Sebagai ketua rumah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhi segala keperluan isirumah. Asingkan sebahagian gaji untuk tujuan ini sehingga hujung bulan. Pastikan anda mengutamakan urusan keluarga berbanding urusan peribadi.

3. Jika isteri yang bekerja.

Jika anda merupakan seorang isteri yang bekerja,tidak salah kiranya anda membantu meringankan beban suami. Namun, para suami jangan pula mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri.

4. Jika isteri tidak bekerja.

Jika anda seorang surirumah sepenuh masa, usahlah memberatkan suami dengan permintaan yang tidak mampu dipenuhi. Sebaiknya, sentiasalah menjadi pendamping setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami. Mudah-mudahan suami anda lebih bermotivasi untuk bekerja menyara kehidupan keluarga.

5. Sedekah

Banyakkan bersedekah. Konsep sedekah tidak harus disempitkan dengan mesti menghulurkan wang tapi sekiranya mampu, hulurlah untuk meringankan beban orang lain.

6. Jangan Kedekut

Murahkanlah hati dengan meringankan beban orang lain namu jangan sampai terlalu boros. Membazir bukan sahaja merugikan, bahkan akan merunsingkan hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *