‘Seni’ Mencuci Kereta Yang Jarang Kita Buat. Penting Untuk Cat Kereta Tahan Lama dan Berkilat Sepanjang Masa.

Mencuci kereta merupakan kerja yang paling mudah untuk dibuat oleh para penggemar kereta. Mencuci kenderaan tidak memerlukan bajet yang besar. Anda hanya perlukan syampu kereta, kain dan air. tapi tahukah anda terdapat beberapa tips yang sangat berguna untuk membantu cat kereta anda tahan lebih lama daripada biasa. Ini kerana jika anda mencuci kereta tanpa menggunakan teknik yang betul, permukaan kereta anda akan tercalar, gris atau kotoran akan sukar ditanggalkan. Berikut merupakan cara-cara yang baik untuk mencuci kereta kesayangan anda.

1. Sediakan Peralatan

Peralatan yang perlu anda sediakan adalah :

2 Baldi

Satu hos getah untuk air

2-3 span yang sesuai

2-3 kain lembut yang sesuai

1 shampoo kereta.( dilarang guna sabun selain untuk shampoo kereta)

2. Waktu Mencuci

Waktu mencuci kereta yang terbaik adalah pada waktu pagi. Membasuh kereta pada awal pagi membolehkan anda mengelap keseluruhan badan kereta dengfan sempurna. Berbanding mencuci pada waktu tengahari/panas, air menjadi cepat kering dan bertompok hitam. Ini membuatkan anda terpaksa membilas kereta anda dengan menggunakan air yang banyak.

 3. Baldi Berasingan

Sewaktu membasuh kereta, pastikan satu baldi di isi dengan air bersih dan satu lagi baldi air yang dicampur dengan shampoo kereta. Pastikan nanti sewaktu membasuh kereta kali pertama celup span ke dalam baldi berisi shampoo dan untuk celupan kali kedua bagi baldi shampoo selepas korang dan gosok ke kereta, celupkan dulu ke dalam baldi berisi air bersih, barulah korang celup span  ke dalam baldi berisi shampoo. Cara ini dapat mengelakkan kesan garisan halus debu dan juga kotoran pada badan kereta yang akan mencacatkan cat kereta baru korang.Kotoran dari kereta  di span akan dibersihkan pada baldi berisi air  bersih tadi.

4. Mulakan dengan Membasuh Tayar

Mulakan dengan membasuh tayar dan rim tayar dahulu, rim dan tayar perlu dibersihkan dahulu ,bukan akhir sekali untuk mengelakkan debu, kotoran dan minyak kembali melekat  pada badan kereta, tambah kalau jika anda guna semburan jet air yang kuat untuk buang kotoran pada kereta. Rim sebaiknya guna cecair pembersih yang lain. Pastikan ianya base on air. Pada waktu ini gunakan span yang pertama untuk bahagian tayar dan rim sahaja. Boleh juga menggunakan berus, untuk membasuh dan membersihkan tayar sahaja.Last sekali bilas tayar dengan air yang bersih.

5. Mulakan dari Bumbung Kenderaan

Gunakan span kedua untuk membasuh badan kereta. Pastikan anda alirkan air yang sederhana ke badan kereta. Mulakan dari bahagian atas,bukan bahagian bawah kereta, untuk mengelakkan kotoran , debu , minyak berpindah ke atas. Mulakan dari bahagian depan kereta kemudian ke belakang. Pastikan air dialirkan dahulu ke badan kereta, sebelum di gosok dengan span bersabun. Pastikan semua tingkap tertutup rapat. Bersihkan bahagian cermin tingkap dengan cermin untuk mengelakkan calar pada cermin tingkap.Penting untuk bilas kereta sebaik sahaja selesai sesuatu bahagian untuk mengelakkan cecair sabun kering pada badan kereta yang sukar ditanggalkan kesannya nanti. Anda  boleh tukar atau bersihkan span, untuk bahagian bawah badan kereta, selepas selesai bahagian atas kereta.

6. Bilas Secepatnya

Pastikan selepas selesai membersih serta membilas kereta dengan air bersih. Lap dengan kain lembut dan bersih dengan segera, Di sini gunakannya 2-3 helai kain yang lembut dan bersih tadi. Pastikan korang pantas , kalau cahaya matahari sudah muncul atau korang basuh kereta waktu cahaya matahari dan terang. Gunakan kain pertama untuk lap bahagian bumbung dan badan kereta. Sementara bahagian cermin tingkap, depan dan belakang gunakan kain lembut yang lain, dan kain ketiga untuk bahagian celahan seperti pemegang pembuka pintu, dan badan cermin sisi.

7. Wax tayar Anda

Untuk pastikan kereta baru bersih dan bersinar serta glowing. Boleh gunakan polish atau pengilat tayar. Sebelum itu jika terdapat juga kotoran yang degil seperti gris atau tar yang halus, kortang boleh ambil kain lembut dan gosok dengan wax yang lembut , untuk hilangkan tar tersebut. Pengilap atau wax tayar adalah pelengkap. Ianya menaikkan seri kereta .Tampak lebih menarik apabila dipadukan dengan cat kereta baru anda yang bersinar dan cantik.

Be the first to comment on "‘Seni’ Mencuci Kereta Yang Jarang Kita Buat. Penting Untuk Cat Kereta Tahan Lama dan Berkilat Sepanjang Masa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*