Seorang Pesakit Yang Kaya Datang Ke Hospital Untuk Menyembuhkan Penyakitnya – Namun Respons Doktor Ini Sungguh Mengejutkan!

Setiap benda yang bernyawa pasti akan mati jua akhirnya. Begitulah juga dengan diri kita, kerana telah ditetapkan sejak luh mahfuz lagi. Mati itu tidak mengenal usia dan waktu, jika sudah ditakdirkan pada hari tersebut, maka terjadilah ‘ia’ (kematian).

Lain pula kejadian kali ini. Cerita ini berlaku di Harbin China.

 

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pesakit yang kaya tetapi menghidap penyakit kanser. Setelah mengetahui mengenai keadaan tersebut, dia pun mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan pergi ke sebuah hospital dengan membawa duit tersebut.

Setelah sampai ke hospital tersebut, dia pun berjumpa dengan doktor dan meminta doktor tersebut untuk menyembuhkan penyakitnya sambil berkata bahawa dia mempunyai wang yang banyak untuk kos rawatan tersebut.

Namun, doktor tersebut memberi jawapan yang hampa kepada orang tersebut. Doktor tersebut mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana penyakit kansernya telah berada di ‘TAHAP AKHIR’ (final stage).

Orang tersebut merasa hampa, kecewa dan marah. Sejurus selepas itu, dia melemparkan kesemua wangnya di koridor hospital sambil berteriak, “apa gunanya memiliki wang??!! Apa gunanya memiliki wang yang banyak??!!”.

 

 

Kesimpulannya, wang yang banyak tidak boleh membeli kesihatan, tidak boleh membeli masa yang lalu, juga tidak boleh membeli kehidupan yang kita inginkan. Apa yang penting ialah menjaga kesihatan disamping bekerja keras, biarkan kedua-duanya seimbang. Amalkan pemakanan yang sihat, rajin lakukan aktiviti riadah, dan yang penting jangan tinggalkan amalan-amalan wajib dan sunat. Sesungguhnya kita tidak hidup lama di muka bumi ini, maka manfaatlah hidup kita yang sementara ini dengan perkara-perkara kebaikan sebelum meninggalkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *