Seorang Wanita Meninggal Dunia Akibat Terlalu Bekerja Lebih Masa!

Seorang wanita Jepun yang bekerja sebanyak 159 jam lebih masa dengan hanya dua hari cuti rehat (off day) sahaja dalam sebulan, meninggal kerana membuat masa kerja yang berlebihan.

 

Miwa Sado merupakan seorang wartawan untuk penyiar awam NHK dan disahkan meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung kongestif pada bulan Julai 2013, yang dikaitkan dengan kegiatan bekerja lebih masanya, menurut Japan Times.

 

Kematiannya disifatkan oleh pemeriksa piawaian buruh sebagai ‘karoshi’ (dalam bahasa Jepun) atau pun dikenali sebagai kematian akibat bekerja keras – tetapi kesnya hanya ditularkan oleh bekas majikannya minggu ini setelah keluarganya ingin mengetahui fakta di sebalik kejadian tragik tersebut.

 

Wanita berusia 31 tahun itu adalah wartawan politik yang bertanggungjawab untuk membuat liputan mengenai Tokyo Metropolitan Government dan sedang bekerja pada pilihan raya utama, iaitu tiga hari sebelum kematiannya.

 

Kematian Cik Sado membuktikan keadaan lanjut mengenai keadaan kerja yang melampau dalam kalangan orang di Jepun.

 

“Malah pada hari ini, empat tahun selepas itu, kita tidak dapat menerima kematian anak perempuan kita sebagai kenyataan,” keluarganya berkata.

“Kami berharap kesedihan keluarga yang hilang itu tidak akan sia-sia.”

 

NHK berkata, mereka menjejaki masa kerja Miwa Sado menerusi kenyataan peribadi dan kad masa tetapi mengakui ada sesetengah kawasan yang “memerlukan penambahbaikan”.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*