Sibuk Dalam Tugasan Menyelamatkan Orang, Pihak Paramedik Menjumpai Suatu Notis ‘Kurang Menyenangkan’ Di Cermin Hadapan Kereta Ambulans!

Sebuah ambulans yang bergegas untuk sampai ke tempat kecemasan telah berhenti di perkarangan Small Heath, Birmingham.

Pihak paramedik tiba di tempat kejadian setelah mendapat panggilan bahawa seorang mangsa sedang berada dalam keadaan kritikal dan baru sahaja memuntahkan darah.

Namun, kurang daripada 30 minit kemudian, mereka terkejut bahawa terdapat satu notis yang ‘kurang menyenangkan’ diletakkan di cermin hadapan kereta ambulans.

 

Notis tersebut menerangkan bahawa ‘anda mungkin menyelamatkan nyawa orang, tapi jangan letakkan van di tempat yang tak sesuai dan menghalang kereta saya untuk bergerak’.

Seorang jurucakap West Midlands Ambulance Service telah menerangkan mengenai perihal tersebut.

Kami agak terkejut kerana menerima notis sebegitu. Sedangkan pihak paramedik sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa yang berada dalam keadaan kritikal.

Staf kami akan sentiasa akan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai, namun ada juga masa-masa yang tidak mengizinkan. Maaf, keadaan pesakit adalah keutamaan kami.

 

Sumber: Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *