Sidai Pakaian ‘ Dalam’ Luar Rumah, Aib Yang Harus Dijaga!

Menyidai pakaian dalam diluar rumah mungkin terlihat biasa dalam kalangan kita . Lebih-lebih lagi pada musim hujan ini, matahari cuma muncul beberapa jam sahaja dan memerlukan pakaian kita dijemur dibawah matahari untuk mengelakkan lembapan. Namun, dengan perbuatan yang kelihatan biasa ini, anda sedang menayangkan apa-apa yang tidak patut terlihat kepada orang ramai. Dan sama juga anda sedang menayangkan aib isteri dan anak perempuan anda.

Eh macamana pulak?

Jika anda tertanya-tanya bagaimana caranya. Lihat sajalah apa yang dijemur. Tidakkah anda terfikir soal tompokan-tompokan hitam, saiz yang dipakai, koyak sana-sini.

Tak malukah kita orang lain tahu tentang apa yang kita pakai?

Sebenarnya anda mahu menayang apa? Jenama?Warna? atau saja-saja asalkan kering?

Tanpa anda sedari,anda tidak tahu siapa-siapa yang lalu lalang depan rumah anda. Dengan tayangan free anda, mereka sudah tahu jenis, warna, bahkan saiz pakaian dalam isteri dan anak perempuan anda. Ingin menyalahkan mereka?

Sebenarnya daripada kita juga. Jika anda tak ingin bayangan-bayangan ‘nakal’ bermain di fikiran yang melihat ini. Tutuplah aib-aib anak dan isteri anda dengan menjemur pakaian anda di satu sudut tertutup dalam rumah anda. Pada zaman moden ini juga, anda boleh mengeringkan pakaian menggunakan dryer seperti yang terdapat di kedai-kedai dobi layan diri. Cara ini sedikit sebanyak dapat melindungi aib anak dan isteri anda.

 

Marah?

Sekadar nasihat bro. Ke arah kehidupan yang lebih baik dan menjaga ahli keluarga daripada fikiran-fikiran jahat orang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *