Sikap ‘Rider’ Uber/Grab Yang Disenangi Driver. 5 Bintang Untuk Anda!

Memandu Uber/Grab menemukan kita dengan pelbagai ragam manusia. Daripada umur belasan tahun hinggalah usia hampir ke senja, tentu banyak situasi yang anda hadapi. Untuk mengimbangi artikel berkenaan sikap buruk rider, penulis terpanggil untuk berkongsi berkenaan beberapa sikap rider yang harus dicontohi oleh Rider yang lain. Dengan sikap sebegini. driver pasti bersemangat untuk memandu uber/grab walaupun di waktu puncak yang mana trafik sangat teruk.

1. Tips Untuk Hantar Barang Yang Tinggal.

Perkara ini sering berlaku, lebih – lebih lagi jika rider seorang yang cuai. Dengan harga minya yang semakin tinggi, adalah baik jika anda memberikan sedikit tips untuk driver yang sanggup patah balik untuk mengembalikan barang anda yang tertinggal.

2. Tak Banyak Songeh

Sikap segelintir rider yang memandang lekeh kereta tempatan haruslah dibetulkan. Jangan banyak songeh, tugas Driver adalah untuk membawa anda daripada destinasi A-B dengan selamat.

3. Sediakan Duit Kecil

Terkadang, ada rider yang sengaja membayar dengan wang besar untuk mendapatkan diskaun. Sediakan wang kecil jika anda tak mahu perkara ini berlaku.

4. Memilih Kereta Yang Betul

Jika anda dan kawan-kawan anda lebih dari 4 orang, silalah memilih kereta yang betul. Janganlah sumbat vivia sampai 6 orang! Huh

5. Keep The Change.

Aha! Ini merupakan perkara yang paling disenangi driver.Hehe

 

Apa kisah uber/grab anda?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *