Simpanan Tak Bertambah? Ini Cara Paling ‘Sempoi’ Nak Menyimpan Bagi Tahun 2018

Main kutu merupakan kebiasaan bagi rakan sepejabat. Pada kebiasaannya, ia amat berkesan untuk mereka yang sukar untuk menyimpan kerana pengurusan kewangan yang tidak teratur. Sekalipun telah menyimpan, namun kerana ada keinginan, simpanan ini akan dikeluarkan semula. Bagi yang bermain kutu, terdapat juga senarion ahli tidak membayar seperti jumlah yang sepatutnya, ini memberikan kesan kepada ahli lain.

Jadi, bagaimana untuk menyimpan dengan berkesan? Mungkin anda tidak mengetahui bahawa Maybank ada menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan tanpa sedar. Bagaimana ia berfungsi? Jom baca cara-caranya.

Plan tersebut dikenali sebagai Flexi Saver Plan. Plan ini sangat membantu untuk menghadapi bulan-bulan yang genting seperti :

  1. Hari Perayaan
  2. Perbaharui Cukai Jalan dan Insurans.
  3. Persiapan ke sekolah anak-anak.

Contoh perancangan :

Sekiranya anda merancang menyimpan untuk membayar cukai jalan pada tahun berikutnya :

  1. Bayar cukai jalan pada bulan Disember 2018
  2. Mula menyimpan dalam Flexi Saver Plan Disember 2017 : Potongan sebulan sebanyak RM 150
  3. Pastikan setiap 30 Disember baki di bank anda melebihi RM150
  4. Duit ini tidak akan muncul dalam akaun bank anda sehingga tarikh matangnya (RM150x12 = RM1800)

Berikut merupakan cara untuk menyimpan di Flexi Saver Plan

  1. Log In ke akaun Maybank
  2. Klik pada Accounts & Banking
  3. Klik pada Persoanal Saver Account
  4. Klik pada Set Up Flexi Saver Plan
  5. Pilihan yang ada dari 12 bulan sehingga 60 bulan mengikut keperluan anda.
  6. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki untuk duit ditolak daripada bank anda.

 

 

Sekiranya anda belum mempunyai akaun Maybank,sila ke Maybank terdekat untuk membuka akaun Personal Saver. Jika anda telah mempunyai akaun Maybank tapi tiada pilihan Personal Saver, sila ke Maybank untuk tukar ke Personal Saver.

Kredit kepada artiekl asal :

-Norlaila Ahmad

-SisiAzie Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *