Skim Pinjaman Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar Bagi Penjawat Awam

Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pembiayaan ini untuk memudahkan para penjawat awam yang sangat memerlukan peralatan-peralatan seperti komputer, laptop dan telefon bimbit bagi yang tidak berkemampuan untuk membelinya secara tunai. Bagaimana nak memohon? Jom baca dahulu artikel ni.

Skim Pinjaman Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar Bagi Penjawat Awam

a) Siapa Yang Layak Memohon

  • Bekerja sebagai Penjawat Awam (Pegawai yang sedang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri).
  • Mendapat taraf lantikan tetap.
  • Jawatan telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Penjawat Awam yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) ini juga layak membuat permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun sekali tetapi dengan syarat pinjaman yang dahulu telah selesai dibayar.

b) Jumlah Pembiayaan Maksimum

Jumlah maksimum sehingga RM5,000.00.

c) Peralatan-Peralatan Lain Yang Boleh Dibeli

Pembelian komputer yang dibenarkan adalah komputer/ laptop dan bersama kelengkapannya sahaja. Kelengkapannya merujuk kepada pekeliling adalah seperti:

  • Mesin Pencetak (printer)
  • Mesin Pengimbas (scanner)
  • Peranti pelbagai fungsi

Permohonan untuk membeli komputer lebih dari satu unit adalah dibenarkan tetapi bukan dari jenis (brand) yang sama.

Manakala untuk telefon pintar (smartphone), dibenarkan untuk membeli SATU unit sahaja. Kedua-dua pembelian barangan tersebut tertakluk di Malaysia sahaja.

d) Cara Memohon

  1. Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar hendaklah disediakan sebanyak tiga 3 salinan dan dihantar kepada Bahagian Kewangan Kementerian/ Jabatan Pegawai. Sila rujuk kepada kerani di sekolah atau di jabatan masing-masing.
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga (quotation) dengan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Tidak kira sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah diterima.
  3. Pinjaman yang telah diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank atau pun melalui cek.
  4. Cara untuk membayar pinjaman ini adalah melalui potongan gaji di akaun bank persendirian. Tempoh pembayaran semula pembiayaan tidak melebihi 48 bulan.

e) Caj Keuntungan (interest) yang dikenakan

 

e) Apa Yang Patut Dilakukan Setelah Pinjaman Pembiayaan Diluluskan

  • Setelah menerima pembiayaan tersebut, hendaklah membuat pembelian barangan yang telah dipohon tersebut dengan segera.
  • Individu yang telah diluluskan pembiayaannya hendaklah menyerahkan resit atau invois bagi pembelian komputer atau telefon pintar (smartphones) yang dibelinya itu kepada pegawai yang telah meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas EFT/cek bagi amaun pembiayaan diterima. Sekiranya gagal menyerahkan dokumen tersebut, pembiayaan tersebut dianggap batal.
  • Sekiranya pembiayaan tersebut batal, individu tersebut hendaklah membayar keseluruhan amaun pembiayaan yang telah diluluskan berserta amaun keuntungan dalam tempoh 30 hari selepas pembatalan.

 

Sekian sahaja perkongsian mengenai Skim Pembiayaan ini. Kini anda boleh mendapatkan peralatan-peralatan tersebut agar memudahkan urusan lebih-lebih bagi golongan yang memerlukan seperti para pendidik dan guru-guru sekolah. Untuk merujuk kepada pekeliling dan borang permohonan sila layari laman web ini: https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2017/08/PINJAMAN-MEMBELI-LAPTOP-DAN-KOMPUTER.pdf

 

Be the first to comment on "Skim Pinjaman Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar Bagi Penjawat Awam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*