Suka Bergambar? 5 Lokasi Yang Dilarang Untuk Mengambil Gambar Di Dunia..

Jika anda travel ke tempat-tempat menarik, pastinya anda akan mengambil gambar untuk kenangan. Namun begitu, tidak semua tempat anda boleh mengambil gambar disebabkan beberapa perkara. Disini, admin nak kongsikan tempat-tempat yang anda tidak boleh ambil gambar di serata dunia.

# Amerika Syarikat

Perhatikan tanda-tanda larangan di setiap tempat yang anda kunjungi kerana di Amerika wujud larangan untuk mengambil gambar seperti property peribadi. Anda tidak boleh menambil gambar tanpa persetujuan pemilik property tersebut

# UEA

Di UEA boleh dikenakan penjara selama 1-3 bulan jika anda mengambil gambar di tempat-tempat terlarang. COntoh gambar yang tidak boleh diambil ialah gambar bangunan pemerintah, jambatan tertentu dan istana para syeikh. Larangan terkait istana sudah tertulis dalam undang-undang setempat.

# Amsterdam, Belanda

Sebagai info, anda amatlah dilarang untuk mengambil gambar di Red Light District di Amsterdam. Ini termasuklah mengambil video. Lokasi ini adalah tempat pelacuran dan masyarakat di sana sangat membenci pelancong megambil barang. Penduduk di sana juga mungkin akan melakukan kekerasan terhadap anda jika anda berdegil untuk bergambar.

# Jepun

Di Jepun, ada larangan untuk bergambar di kuil dan patung-patung tertentu. Ada juga lokasi yang sama sekali tidak dibenarkan untuk berfoto.

# Korea Utara

Disini, hampir semuanya adalah larangan. Banyak kes pelancong ditahan kerana tidak tahu mengenai larangan di Kora Utara. Jika anda berniat untuk melancong di Korea Utara, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dalam semua tindakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *