Suka Kunyah Ais? Ini Petanda Anda Menghidap Penyakit…

Mesti ada sesetengah orang tu suka kunyah ais kat dalam minuman tu kan? Dah habis air dalam gelas minuman tu, ais pula dia kunyah, kalau boleh semua ais dalam gelas tu dia habis kunyah.

Akan tetapi, tahukah anda, sekiranya seseorang itu kegemarannya (habit) suka mengunyah ais, dia mempunyai masalah kesihatan.

Menurut Dr Khairul Hafidz, seseorang yang suka mengunyah ais berpotensi mengalami penyakit anemia.

Anemia adalah kekurangan sel darah merah (haemoglobin) dalam saluran darah. Haemoglobin (Hb) ini penting kerana merupakan agen pembawa oksigen di dalam sel darah merah.

Selain itu, orang yang kuat kunyah ais ni, dalaman mereka kekurangan zat besi.

Kesimpulannya, jika anda ternampak kawan-kawan atau orang sekeliling yang mempunyai tabiat gigit ais ni, sila tegur mereka dan suruh mereka berjumpa doktor.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *