Sultan Johor Arahkan Kedai Dobi Mesra Muslim Ditutup – Ini Respon Mengejutkan Daripada PPIM!

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi respon mengenai tindakan sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar. Mereka membidas dengan membandingkan hal itu berkenaan kebanyakan syarikat besar di mana staf berbangsa Cina diberi keutamaan.

 

Menurut ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata bahawa dasar menubuhkan premis dobi mesra Muslim yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu sepatutnya tidak perlu diperbesarkan hal tersebut.

 

“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.

 

Sebaliknya, Nadzim beralih kepada isu diskriminasi yang nyata berlaku di tempat kerja.

 

“Contoh jelas di tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” katanya kepada FMT.

 

Sebelum ini, pelbagai pihak telah menimbulkan persoalan mengenai perihal premis dobi layan diri itu selepas viral gambar papan tanda “Mesra Muslim”, di mana premis tersebut hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.

 

 

Dalam temubual bersama The Star, Sultan Ibrahim berkata ianya perbuatan yang memalukan, dan memberi arahan kepada pemilik premis dobi berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat Johor.

 

Pemilik premis tersebut, yang enggan identitinya dikenali, ketika dihubungi mengatakan bahawa papan tanda tersebut sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan peraturan tersebut.

 

Sebelum kenyataan Sultan Johor, polisi premis dobi tersebut menerima pujian dan dipersetujui oleh beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan menyifatkan langkah tersebut “cantik” kerana menjamin kesucian serta tidak bercampur dengan pakaian-pakaian yang bukan Islam.

 

Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan hanya kerana peraturan yang ditetapkan oleh premis tersebut.

 

“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.”

 

“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.

 

Nadzim menambah lagi bahawa setiap pengguna ada hak untuk memilih.

 

“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.

 

“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya.

4 Replies to “Sultan Johor Arahkan Kedai Dobi Mesra Muslim Ditutup – Ini Respon Mengejutkan Daripada PPIM!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *