Susulan Daripada Isu Peserta Clever Girl Kantoi Jawab Soalan Bocor, Dia Tampil Untuk Membidas Kenyataan Tersebut!

Tidak lama sebelum ini, tular mengenai seorang peserta rancangan realiti Clever Girl 2017 telah menjawab soalan dengan memilih pilihan jawapan yang betul tanpa mendengar kesemua pilihan jawapan tersebut sehingga habis.

Finalis program Clever Girl, Shazana Kamaruzaman menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu, setelah soalan tersebut telah dibaca oleh Datin Sharifah Shawati.

Jelasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

Tambahan pula, Shazana yang merupakan wakil negeri Selangor ini, sebagai peserta program itu dia menafikan dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

 

 

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B”.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya”.

 

Menurut Shazana melalui kontroversi ini juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Sebelum ini, seorang bekas peserta program ini, iaitu Syakirah Mohd. Azam atau dikenali sebagai Kiera mendakwa program tersebut bersifat pilih kasih.

 

Jom kita imbas kembali video di mana adegan Shazana ‘kantoi’ jawab soalan bocor.

Be the first to comment on "Susulan Daripada Isu Peserta Clever Girl Kantoi Jawab Soalan Bocor, Dia Tampil Untuk Membidas Kenyataan Tersebut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*