Susulan Daripada Kes Budak Yang Terkena Penyakit Berjangkit Hanya Disebabkan Duduk Di Kerusi Awam, Ini Penjelasan Daripada Seorang Doktor Mengenai Situasi Tersebut!

Tidak lama sebelum ini, tular mengenai kes di mana seorang kanak-kanak disyaki dijangkiti virus HMFD.

Setelah dikenal pasti punca, amatlah tidak disangka bahawa kerusi yang telah diduduki oleh kanak-kanak tersebut ternyata menjadi punca pembawa virus tersebut.

Seorang doktor telah mengulas dan memberi penjelasan mengenai hal tersebut. Jom kita baca kupasan beliau dengan lebih lanjut.

==============================================================================================

Bolehkah bayi dijangkiti virus HFMD melalui baby chair ini?

Ya, boleh. HFMD disebabkan oleh dua jenis virus iaitu Enterovirus dan Coxsackie. Ia merebak melalui cairan badan bayi/pesakit seperti hingus, air liur, mahupun air bisa dari kudis yang ada.

– R0 (Reproduction number) untuk Enterovirus adalah 5.48. Manakala R0 untuk Coxsackievirus pula adalah sekitar 2.5. Maksudnya, seorang pesakit yang dijangkiti Enterovirus HFMD, boleh menjangkitkan 5 orang lain di sekelilingnya, manakala Coxsackie HFMD, 2.5 orang lain.

– Enterovirus, boleh kekal di atas permukaan (meja, kerusi, pemegang pintu, mainan etc) selama beberapa hari sehingga menjangkiti bayi lain. Bahkan terdapat laporan mengatakan, virus Coxsackie boleh kekal di permukaan sehingga 2 minggu lamanya.

– Tempoh incubation period adalah sekitar 3 ke 7 hari. Pendek kata contohnya kalau baby chair menjadi source of transmission, hari ini baby kita duduk dalam tu, lusa dia start demam.

– Demam bagi penyakit virus sebegini, characternya selalunya high grade sudden onset. Maksudnya tiba2 tengah malam atau bangun pagi, demam suhu tinggi mencecah 39 – 40 darjah celsius. Kebanyakan demam virus, begini permulaannya.

– Bagi HFMD, selepas satu dua hari demam bermula, akan naik rash di tapak tangan, tapak kaki, dan mulut. Boleh juga jadi di kemaluan dan punggung.

– Bagi apa-apa jenis jangkitan virus, selalu saya sebutkan, ada empat perkara yang penting kita perhatikan :

1) Adakah kita boleh kawal suhu badannya. Suhu badan yang tinggi menyebabkan bayi tidak selesa, hilang selera makan, semakin dehydrated. Selagi mana kita boleh kawal suhu badan – sama ada dengan cara natural/traditional mahupun menggunakan ubatan seperti paracetamol/ibuprofen, silakan. Mandi kerap, pakai pakaian nipis/berlubang, jangan selimutkan tebal2. Kipas atau aircond tiada masalah, cuma jangan halakan direct ke bayi.

Adalah normal sekiranya bayi terpaksa bergantung kepada ubat demam. Maksudnya – badan panas, bagi makan ubat jadi kebah, tapi beberapa jam selepas itu badannya panas semula. Demam itu sendiri adalah mekanisma pertahanan badan. Tujuan kita bukan nak hilangkan demam, tapi nak KAWAL demam. Selagi mana bayi nampak selesa dan boleh makan minum, suhu 37.5 sehingga 38 tak bagi makan ubat pun tak apa. Tapi jika suhu semakin meningkat atau bayi sudah nampak terganggu, perlu kita KAWAL suhunya.

2) Adakah bayi boleh makan minum. Sekurang-kurangnya minum. Bayi kulitnya nipis tidak seperti orang dewasa. Penyejatan lebih mudah berlaku tambah-tambah ketika tempoh demam. Tingkatkan pemberian cecair sama ada susu, air biasa, buah-buahan, kuah dsb. Selagi mana bayi masih boleh makan minum seperti biasa, tingkatkan pemberian.

Bayi yang sedang demam, memang tak mahu makan. Tambah2 kalau suhu melebihi 38. Kawal suhu badannya dahulu, bila suhu dah drop bawah 38, nescaya bayi akan mula nak makan/minum.

Kegagalan memastikan hydration bayi adalah antara punca terbanyak bayi terpaksa dimasukkan ke wad, iaitu untuk tujuan IV hydration. Diagnosis “poor oral intake” akan diberikan.

Tanda-tanda bayi yang dehydrated adalah apabila bayi tersebut tidak aktif (sebelum ni boleh berjalan, tapi sekarang ni asyik kena dukung sahaja), menangis tidak lagi berair mata banyak seperti biasa, dan kulitnya sendiri menjadi kurang elastik/kering, serta pampers yang dulunya kerap berat, menjadi kurang berat (kurang kencing).

Bos saya dulu selalu pesan, bayi ni kalau dia nak sihat, dia sihat cepat. Tapi kalau dia nak jadi teruk (deteriorate/collapse/succumb), pun cepat juga, within hours even. Kalau tengah malam pun anda nampak anak anda ada tanda-tanda macam tu, bawa je ke Jabatan Kecemasan. Jangan tunggu siang lah, tunggu suami balik lah, tunggu habis kerja lah.

Bayi, kalau dia nak jadi teruk, cepat.

3) Tanda-tanda komplikasi. Bab ni saya rasa biar doktor sahaja lah yang access dan nilai jika anda tanda-tanda komplikasi. Contohnya merujuk kepada penyakit HFMD, tanda-tanda komplikasi bergantung kepada organ mana yang diserang virus tersebut. Virus tersebut boleh menyerang otak, menjadi meningitis. Tanda-tanda meningitis yang seperti sawan atau pengsan, selalunya jadi bila dah tahap serious atau teruk jangkitannya. Sebab itu kena bawa jumpa doktor awal. Doktor boleh periksa refleks, boleh periksa tanda-tanda awal seperti meningisim dll.

4) HFMD sangat mudah berjangkit. Macam saya sebutkan di atas, R0 adalah antara 2.5 ke 5.5. Kalau di taska tu ada 10 orang, sorang yang dijangkiti sahaja dah boleh jangkitkan kepada 5 orang kawan dia yang lain. Kemudian lima orang ni balik rumah, main dengan sepupu sepapat, jangkit lagi 5 orang lain.

Walaupun kadar komplikasi rendah, tapi keadaan bayi tersebut sendiri menjadi penyumbang kepada terjadinya komplikasi. Maksud saya, kalau anak kita kena HFMD mungkin kita tahu nak pantau apa (sebab dah baca artikel ni, hehe), kita boleh ambil cuti nak jaga dsb.

Tapi kalau ditakdirkan anak kita menjangkitkan HFMD kepada anak encik Mamat (contohnya) yang mana encik mamat dan isterinya ni selalu sibuk, kurang pantau bayi mereka, tak pernah baca pasal HFMD, ingatkan demam biasa2 je, tak sedar pun bahawa anak mereka dah dehydrated, rupa-rupanya dah jadi komplikasi dah pun. Itu bahayanya penyakit berjangkit ini.

Kita tak tahu, rupa-rupanya kita menjadi asbab anak orang lain dalam kemudaratan.

Pencegahan?

Good hygiene practice. Antiseptic baby wipe adalah penting, especially kalau kita kenal sendiri habit anak kita suka menjilat kerusi, suka masukkan tangan dalam mulut, suka kutip itu ini. Kalau kita tahu itu habit anak kita (dan kita malas nak betulkan habit ini), maka at least janganlah suka/kerap bawa anak kita ke tempat awam.

Kalau ada adik beradik lain atau sepupu sepapat nampak tak sihat, berhingus, demam, jangan lah bagi mendekati bayi kita. Biar lah nampak macam paranoid sikit pun. Saya cukup tak gemar habit masyarakat kita suka cium-cium pipi bayi. Itu semua pembawakan penyakit.

Bayi bawah 6 bulan, saya rayu sangat-sangat, jangan la bawak ke tempat awam melainkan perlu. Jangan bawa ke tempat banyak penyakit (klinik, hospital) melainkan perlu. Jangan bawa melawat abang yang warded, jangan bawa melawat tokki yang tenat di ICU. Itu semua lubuk penyakit.

Sumber: Mohd Syamirulah Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *