Susulan Kes Dera. Mangsa Menangis Ingin Ikut Ayah Kandung Ke Melaka.

Anak merupakan anugerah teragung daripada Allah S.W.T. Kehadiran cahaya mata sering dikaitkan dengan rezeki yang baik dan sebagai tanda mata cinta sepasang suami isteri. Memiliki anak merupakan impian setiap pasangan berkahwin. Jika ada pasangan yang ternanti-nanti zuriat, tidak kurang juga dengan mempersia-siakan anak. Baru-baru ini telah tular gambar seorang anak dirantai di tong gas. Gambar yang dikongsikan itu telah menyentuh hati ramai pihak untuk mengetahui kisah sebenar. Berikut merupakan berita susulan kejadian tersebut :

Susulan kes kanak-kanak lelaki dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya di sebuah rumah di Indera Mahkota, menangis teresak-esak ketika bertemu bapa kandung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, semalam.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, bapa kandung kanak-kanak berusia 10 tahun itu datang dari Teluk Mas, Melaka pada jam 5 petang dan menghubungi pegawai pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat anaknya.

“Saya berpuas hati dengan identiti lelaki berusia 36 tahun berkenaan yang mendakwa bapa kandung sebelum pegawai pelindung kanak-kanak JKM membawanya berjumpa dengan anaknya,” tambahnya.

Jelasnya, bagi menghormati hak peribadi kedua beranak itu, perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.

“Bapa kandung kanak-kanak itu turut menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.

“Namun disebabkan kes masih dalam siasatan polis dan kanak-kanak berkenaan dilindungi di bawah akta kanak-kanak, JKM tidak akan membenarkan ahli keluarga datang mengambil.

“Kita tunggu anak ini keluar dari hospital dan pihak JKM akan membuat laporan dan memberikan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah akan menentukan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak ini,” katanya.

Sementara itu, bapa tirinya yang berusia 32 tahun dan ibunya yang berusia 37 tahun kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber – Berita HarianAstro Awani

Be the first to comment on "Susulan Kes Dera. Mangsa Menangis Ingin Ikut Ayah Kandung Ke Melaka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*