• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Malaysia Sentral

You are here: Home / Dunia / Susulan Kes Kemalangan Maut di Makassar. Pelajar Malaysia Akan dibawa Pulang

Susulan Kes Kemalangan Maut di Makassar. Pelajar Malaysia Akan dibawa Pulang

September 30, 2017 by

Semua yang hidup pasti akan merasai mati. Persediaan untuk menghadapai sakaratulmaut perlu kita siapkan pada setiap detik helaan nafas yang diberi. Kematian berlaku tidak mengira masa dan usia. Dan antara kematian yang baik adalah semasa dalam perjalanan menuntut ilmu. Semoga almarhumah  Syahirah ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman.

KUALA LUMPUR: Jenazah pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universitas Hasanuddin, Makassar yang maut dalam nahas di Sulawesi Selatan itu, akan dibawa pulang untuk dikebumikan di tanah air.

Kakak Allahyarham, Suhaila Amiruddin, 36, berkata keluarga merancang membawa pulang jenazah Syahirah, 22, namun belum pasti bila.

“Buat masa ini, kami hanya menunggu pengesahan bapa saya, Amirrudin Rahmat dan ibu, Bahariah Mohd Shahir serta abang sulung, Suria Kencana yang baru tiba di Makassar.

“Mereka belum dapat melihat jenazah serta keadaan dua lagi adik saya, Suria Iskandar dan Syazwani yang dirawat di hospital,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mengenai keadaan terkini Suria Iskandar, 25, dan Syazwani, 28, Suhaila berkata, pembedahan Syazwani berjalan lancar dan berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan baik, tetapi Syazwani belum sedarkan diri. Suria Iskandar pula beransur pulih dan sudah boleh bercakap,” katanya.

Syahirah, 22, menunggang motosikal dengan Syazwani membonceng, manakala Suria Iskandar menunggang sebuah lagi motosikal ketika kejadian berkenaan.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192 kilometer (km) dari kota Makasar apabila terbabit nahas kira-kira jam 4 petang waktu tempatan itu.

Motosikal mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta di Desa Carima, daerah Bone yang terletak kira-kira 130km dari Kota Makassar di Sulawesi Selatan.

Syazwani dan Suria Iskandar berada di Makassar untuk melawat Syahirah.

 

sumber : bh

Filed Under: Dunia

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Permohonan Prasekolah 2019 Online
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019
  • Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018
  • Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online
  • Jadual SPM Ulangan SPMU 2018

Recent Comments

  • Ini Komen Balas Daripada Baby Shima Terhadap Mas Idayu Setelah Dikritik Keras! – Ye Dok Mu on Ini Komen Balas Daripada Baby Shima Terhadap Mas Idayu Setelah Dikritik Keras!
  • noztfantasi on Dari Sini Asal Usul Sebenar Lagu Tak Tun Tuang.
  • Lyana on Disebabkan Campur Tangan Ibu Mertua, Wanita Ini Diceraikan Talak 3
  • zahar on Nak Gear Automatik Tahan Lama? Ikuti langkah Mudah Ni.
  • Zahirah Macwilson Kesal Dengan Apa Yang Berlaku. Post Insta Story Kecewa Yang Ditujukan Kepada Zul Ariffin? – Penjejak Awan on Post Insta Story Kecewa Zahirah Macwilson – Betulkah Ditujukan Kepada Zul Ariffin?

Archives

  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017

Categories

  • artis
  • Automotif
  • doa
  • Dunia
  • INFO
  • Inspirasi
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Movie
  • petua
  • resepi
  • Sukan
  • wow