Syarat Kemasukan IPG PISMP 2018

Berminat untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan berwawasan jauh untuk mencorak masa depan anak murid? Kerjaya guru yang semakin mencabar seiring dengan peredaran waktu menjadikan kerjaya ini semakin menuntut guru-guru menjadi seorang yang kental tidak kira daripada sudut mental mahupun fizikal. Kerjaya yang stabil ini juga menjadi buruan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sekiranya anda berminat, adalah lebih baik anda meneliti Syarat Kemasukan IPG PISMP 2018. Ini kerana syarat minimum untuk menjadi guru telah menjadi semakin ketat kerana pelajar cemerlang semakin bertambah pada setiap tahun.

Syarat Kemasukan IPG PISMP 2018

Berikut merupakan syarat yang diperlukan seperti dalam pautan permohonan :

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun
  3. Sihat tubuh badan
  4. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.

Syarat asas akademik :

  1. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima mata pelajaran di peringkat SPM.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu :
    1. Bahasa Melayu dan
    2. Sejarah
  3. Pemohon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  4. Pemohon haruslah memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan :

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1Sekolah Kebangsaan (SK)
3.1.1Bahasa Melayu
3.1.2Bahasa Inggeris
3.1.3Bahasa Cina
3.1.4Bahasa Tamil
3.1.5Bahasa Iban
3.1.6Bahasa Kadazandusun
3.1.7Pendidikan Islam
3.1.8Matematik
3.1.9Sains
3.1.10Pendidikan Khas
3.1.11Bahasa Arab
3.1.12Pendidikan Muzik
3.1.13Sejarah
3.1.14Pendidikan Jasmani
3.1.15Rekabentuk dan Teknologi
3.1.16Pendidikan Awal Kanak-kanak
3.1.17Bimbingan dan Kaunseling
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.2.1Bahasa Melayu
3.2.2Bahasa Inggeris
3.2.3Bahasa Cina
3.2.4Pendidikan Islam
3.2.5Matematik
3.2.6Sains
3.2.7Pendidikan Khas
3.2.8Pendidikan Muzik
3.2.9Sejarah
3.2.10Pendidikan Jasmani
3.2.11Rekabentuk dan Teknologi
3.2.12Pendidikan Awal Kanak-kanak
3.2.13Bimbingan dan Kaunseling
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
3.3.1Bahasa Melayu
3.3.2Bahasa Inggeris
3.3.3Bahasa Tamil
3.3.4Pendidikan Islam
3.3.5Matematik
3.3.6Sains
3.3.7Pendidikan Khas
3.3.8Pendidikan Muzik
3.3.9Sejarah
3.3.10Pendidikan Jasmani
3.3.11Rekabentuk dan Teknologi
3.3.12Pendidikan Awal Kanak-kanak
3.3.13Bimbingan dan Kaunseling

Sila ambil perhatian .Anda tidak layak memohon sekiranya anda :

  1. Anda sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh kerajaan.
  3. Ditamatkan atau gagal dalam peperiksaan semasa mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru.
  4. Pernah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Syarat Kemasukan IPG PISMP 2018

Semoga artikel pada kali ini membantu anda untuk meneliti syarat kemasukan IPG dan mula berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa SPM nanti. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *