Tahukah Anda Anak Baru Lahir Perlu Didaftarkan Dalam Tempoh 14 Hari? Ini Prosedur Mendaftarkan Anak di JPN

Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN

 

Tahukah anda? Proses daftar anak baru lahir perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas kelahiran kerana jika lewat, denda akan dikenakan.

 

Proses mendaftakan anak yang baru lahir tidaklah rumit yang disangka. Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar anak baru lahir di JPN.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran?

  1. Bapa/ Ibu anak.
  2. Penjaga Anak
  3. Orang yang mengetahui kelahiran tersebut.

Borang Yang Perlu Diisi?

  1. Borang Pendaftaran Kelahiran/Kematian JPN.LM01. Borang ini boleh didapati daripada pihak hospitalsecara percuma. Borang yang lengkap diisi perlu ditandatangani dan dicop oleh pihak hospital.

Dokumen Yang Perlu dibawa Semasa Pendaftaran.

  1. Mykad Ibubapa (Dokumen ASAL)
  2. Dokumen Pemeriksaan Ibu Mengandung (Buku Check Up/Buku Merah)-Perlu Photostat)
  3. Surat Pengesahan Kelahiran
  4. Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa (Dokumen Asal)

 

Setelah semua dokumen siap diisi, ambillah nombor anda dan tunggu nombor anda dipanggil.

Sekiranya sijil kelahiran anda telah siap, pastikan disemak semula.Jika tiada sebarang kesilapan, bolehlah balik.

 

 

Be the first to comment on "Tahukah Anda Anak Baru Lahir Perlu Didaftarkan Dalam Tempoh 14 Hari? Ini Prosedur Mendaftarkan Anak di JPN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*