Tahukah Anda Jika Anda Kerap Ke Tandas Dan Keadan Ini Berlanjutan, Anda Mungkin Didiagnos Penyakit Radang….

Ramai yang berangap keracunan makanan, silap makan, angin, sembelit dan sebagainya adalah puca mereka kerap ke tandas. Tahukah anda jika anda kerap ke tandas dan keadan ini berlanjutan, anda mungkin didiagnos penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis) dan penyakit Crohn (Crohn’s disease, CD).

Penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis) dan penyakit Crohn (Crohn’s disease, CD) mampu menjejaskan keupayaan seseorang yang telah didiagnosis pada usia muda.

Penyakit UC dan CD menyebabkan keradangan pada pelapik saluran penghadaman dan tidak mempunyai ciri-ciri khas membuatkan penyakit ini sukar diramal malah menimbulkan cabaran kepada penghidapnya. Sehingga kini, UC dan CD tiada penawar yang berkesan membuatkan penghidap penyakit ini terpaksa menghadapinya seumur hidup mereka.

Lebih empat juta orang di seluruh dunia menghidap UC atau CD.

Di Malaysia, kadar kejadian dan penularan penyakit UC dan CD masih rendah. Seramai 6.67 daripada setiap 100,000 orang menghidap UC dan 2.17 daripada setiap 100,000 orang menghidap CD.

 

Sementara itu, Pengarah Endoskopi Pakar Gastroenterologi Kanan Hospital Concord, Sydney Australia, Prof Rupert Wing-Loong Leong menjelaskan Entyvio (vedolizumab) bertindak dengan menyekat protein pada permukaan sel darah putih yang menyebabkan keradangan dalam UC dan CD, sekali gus mengurangkan keradangan dalam lapisan pelapik usus besar (kolon) dan saluran gastrousus (gastrointestinal tract, GI).

 

Be the first to comment on "Tahukah Anda Jika Anda Kerap Ke Tandas Dan Keadan Ini Berlanjutan, Anda Mungkin Didiagnos Penyakit Radang…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*