Tak Perlu Nak Bergaduh Lagi – Peguam Ini Ajar 14 Tindakan Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang.

Sekalipun kita memandu dengan teliti dan cermat, namun mesti ada masalah seperti pelanggaran dengan kereta lain. Bukan masalah kita yang melanggar tapi masalah kecuaian pemandu lain yang melanggar.

 

Kereta yang dilanggar oleh orang lain memang menyakitkan hati, lagi-lagi kalau orang yang tak ambil kesah dan orang yang sombong. Kadang kala pelanggaran boleh berlaku tanpa kita sedar, tak sempat nak toleh kiri kanan kereta belakang dah hempap belakang kereta.

 

Sebanarnya Ramai diantara kita  yang tak tahu apa yang perlu dibuat jika kereta dilanggar dari belakang, khususnya golongan wanita tidak tahu apakah  proses yang harus dilakukan.

 

Tidak perlu gaduh-gaduh dan penuh emosi sebaliknya bertindaklah dengan rasional dan matang dalam meng hadapi situasi ini sebagaimana yang diajar oleh peguam,Salkukhairi Abd Sukor ini.

 

Tip Ringkas Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang

 

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

 

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

 

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.

 

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

 

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

 

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya,janganlah terus maki hamun kepadanya.

 

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

 

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

 

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

 

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

 

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

 

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

 

10.Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

 

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

 

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

 

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

 

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

 

Sebenarnya, urusan ini mudah cuma kita yang tak ikut cara yang betul. Lepas ni tak perluh nak gaduh-gaduh yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri. Perkara boleh bawa bincang yang penting lakukan cara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *