Tanda-Tanda Psikologi Menurut Perbuatan, Adakah Anda Tergolong Dalam Kalangan Ini?

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri. Walaupun luaran mereka nampak seperti ceria dan tidak mempunyai masalah, namun dalamannya hanya mereka sendiri yang merasai, tidak kira baik mahupun yang tidak baik.

Menurut ahli psikologi, sekiranya seseorang itu melakukan sebarang perbuatan, ianya membawa maksud yang tersendiri seperti:

1. Sekiranya individu tersebut selalu ketawa dan gelak walaupun pada benda tu tidak menghiburkan hati, orang itu sebenarnya merasa sunyi dalam dirinya.

2. Sekiranya individu tersebut selalu ingin tidur, dia berada dalam kesedihan.

3. Sekiranya individu tersebut kurang bercakap, tetapi bercakap dengan laju ketika bercakap, dia menyimpan rahsia.

4. Jika orang tersebut tidak dapat menangis, sebenarnya dia merasa lemah untuk berbuat demikian.

5. Jika seseorang itu makan dalam keadaan tidak terkawal, dia berada dalam keadaan yang tegang (frust/ tense).

6. Jika seseorang itu menangis walaupun pada benda yang kecil, hatinya lembut dan sentiasa rasa bersalah.

7. Sekiranya seseorang itu sentiasa marah walaupun dengan benda yang tak munasabah atau benda yang kecil, sebenarnya dalamannya perlukan rasa kasih sayang terutama dari orang dia amat perlukan.

 

Sekiranya kita melihat mana-mana individu yang mengalami masalah-masalah dalaman, janganlah kita terus melabel mereka dengan perkara yang bukan-bukan. Cuba fahami keadaan mereka dan cuba hulurkan bantuan setakat yang mampu. Kita tidak tahu jika kita berada di tempat mereka pula bagaimana akan terjadi.

Be the first to comment on "Tanda-Tanda Psikologi Menurut Perbuatan, Adakah Anda Tergolong Dalam Kalangan Ini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*