Tandas Office Ada Penunggu Yang Menyeramkan…

Cerita mengenai kisah seram ni, sudah tentu dikalangan kita telah melalui masalah-masalah sebegini. Perkongsian kali ini adalah mengenai cerita admin sendiri yang pertama kalinya admin mengalami masalah menyeramkan.

 

Waktu itu pertama kalinya aku lewat balik kerja, rasa-rasa dalam pukul 10.00 malam dah. Selalu waktu balik dalam pukul 5.30 sampai jam 6.00, tapi disebabkan kerja yang banyak belum siap, terpaksa hari tu nak siapkan semuanya.

 

Jam menunjukkan 8.30 malam, hujan pula turun dengan lebatnya. Rakan sekerja dah balik dah semua, tinggal aku sendiri didalam opis, waktu itu memang dari awal perasaan rasa lain semacam seakan ada yang tak kena, tapi aku buat-buat tak tahu dengan perasaan yang dirasa ketika itu.

 

Masa terus berlalu, perasaan pula lain dah time tu, rasa takut tu terus menguasai dalam pemikiran. Nak kata aku ni kuat taklah juga cuma semangat time tu memang tak dapat nak kawal dah, Perasaan takut tu memang terasa sangat.

 

Dah sedap-sedap aku layan lagu time tu, sakit perut pula datang, dah lah waktu tu aku rasa takut, time tu lah juga sakit perut tu datang. Fikir Nak tahan,  tunggu sampai rumah je baru nak “membuang”, Tapi rasa sakit sangat pula sampai dah tak tahan. Mungkin masa tu perut masuk angin kot… So, aku pun pergilah ke tandas, memang tak jauh pun tandas tu, dalam opis juga cuma dalam keadaan yang sangat sunyi perasaan yang lain semacam memang rasa takut sangat sampai tandas pun rasa jauh sangat dah, tapi aku cuba untuk memberanikan diri untuk ke tandas.

 

Selepas keluar dari tandas… lampu, air memang dah bagi off dah. Tapi tiba-tiba time tu air terus hidup pula. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena ni, atau mungkin aku lupa nak bagi tutup. So, aku pun pergi sekali lagi ke tandas untuk tutup pili air. Dah selesai tutup tu, aku pun duduklah diam-diam sambil-sambil buat kerja dan bagi rehat sakit perut .

 

Tiba-tiba…Satu bunyi tapak kaki kedengaran, seakan ada orang yang berjalan menuju ke tandas… Air paip tiba-tiba terbuka, tapi yang peliknya pintu tandas tak terbuka pula, selalunya kalau nak masuk ke tandas tu pintu akan berbunyi… Dan lagi pun dalam opis hanya aku seorang memang tak ada orang lain time tu… Perasaan tambah tak baik… Time tu terfikir juga nak call kawan suruh datang opis, tapi tengok jam lewat dah, cuaca pun tak baik hujan tambah lebat… Tanpa fikir panjang aku terus pergi ke tandas dengan memberanikan diri dan dalam perjalanan tu memang dah penuh doa dah..ahahahaa… Sampai dekat tandas tu, bila aku buka pintu tandas, tengok air tak pula terbuka… Satu titisan air pun tak keluar… Tambah lagi lah aku rasa pelik time tu… Aku cepat-cepat pergi ke tempat duduk dan kemas barang untuk balik..

 

Kalau nak balik tu mesti nak lalui tandas tu… time nak lalu dah tu, tiba-tiba pintu tandas pula berbunyi rasa macam ada orang ketuk pintu tandas tu dan tiba-tiba pula air paip tu hidup… Dalam Hati sekali lagi memang ada tak kena ni… Nak biarkan air terus mengalir, takut opis pula yang banjir. Dalam hati terpaksa buat ni, kalau tak nanti aku yang kena pula.

 

Aku cuba mendekati tandas dan perlahan-lahan aku membuka pintu tandas tersebut. Belum sempat aku membuka dengan sepenuhnya…. Tangan aku terus ditarik oleh satu lembaga hitam yang begitu menakutkan…Tanpa memikir panjang waktu tu, aku terus lari keluar dari opis dan sempat juga aku mengunci pintu opis…Syukur Alhamdulillah ketika itu tiada apa-apa berlaku perkara yang tak baik terhadap aku.

 

Selepas kejadian itu berlaku, sehingga kini aku tak pernah lagi balik lewat dan rakan sekerja pun sama selepas saja aku ceritakan apa yang terjadi terhadap aku.

 

sekian….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *