Tarikh Awal Muharam Tahun Ni dah Diubah..

Menurut Pengarah Jabatan KemajuanĀ  Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, terdapat ralat teknikal yang telah disemak dan disahkan oleh Panel Falak Jakim apabila meneliti semula data bulan Zulhijjah.

Dalam kenyataan Tan Sri Othman Mustapha:

” Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam tarikh kalender adalah dari 21 September 2017 kepada 22 September 2017″.

Oleh yang demikian, tarikh Awal Muharram bagi tahun ini diubah daripada Khamis 21 September 2017 kepada Jumaat 22 September 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *