Tarikh Terkini BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun Peribadi

Tarikh Terkini BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun Peribadi

Bantuan Rakyat 1 Malaysia merupakan bantuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatnya. Bantuan yang bermula sejak tahun 2012 ini merupakan satu mekanisme untuk menstabilkan ekonomi. Walaupun terdapat segelintir pihak menyatakan BR1M merupakan satu rasuah politik, BR1M ditegaskan sebagai satu pakej untuk merangsang ekonomi. Bajet 2018 merupakan bajet yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia, terutama golongan yang layak untuk menerima BR1M. Bilakah tarikh kemasukan BR1M 2018? Tarikh terkini BR1m 2018 masuk dalam akaun peribadi disini

Tarikh terkini BR1M 2018 masuk dalam akaun peribadi

Tarikh terkini BR1M 2018 masuk dalam akaun peribadi akan mengikut kategori. Tarikh ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

  1. Kategori 1 (Bagi Individu bujang berpendapatan bawah RM2000)
    1. Ansuran pertama : Februari 2018 (RM450)
    2. Pembayaran menggunakan baucer : Februari 2018
  2. Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan Rm3001-Rm4000)
    1. Ansuran pertama : Februari 2018 (RM300)
    2. Ansuran kedua : Jun 2018 (RM300)
    3. Ansuran ketiga : Ogos 2018 (RM300)
  3. Kategori 3 (Isi rumah perpendapatan bawah RM3000)
    1. Ansuran pertama : Februari 2018 (RM400)
    2. Ansuran kedua : Jun 2018 (RM400)
    3. Ansuran ketiga : Ogos 2018 (RM400)

Kaedah Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018

Kaedah pembayaran BR1M dibuat dalam beberapa cara iaitu :

  1. Akaun Bank
    1. Pembayaran BR1M akan dimasukkan kedalam akaun peribadi pemohon. Pemohon perlu memasukkan  no akaun bank peribadi semasa membuat kemaskini /permohonan baru BR1M.
  2. Baucer BR1M
    1. Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh mendapatkan baucer BR1M . Baucer ini boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional, CIMB atau Maybank.

Sebarang pertanyaan terhadap BR1M boleh dibuat dengan menghubungi :

  1. Hotline Kementerian Kewangan Malaysia :
  2. Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) :
  3. Emailkan kepada br1m@treasury.gov.my

Anda juga boleh menghubungi :

Sekretariat BR1M.

Pejabat Belanjawan Negara,

Kementerian Kewangan Malaysia (IMF)

Presint 2, Putrajaya.

Tarikh Terkini BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun Peribadi

Semoga artikel pada kali ini dapat membantu para pembaca untuk mengetahui tarikh kemasukan BR1M 2018. Pemberian terus BR1M kepada para pengguna dikira dapat meringankan beban. Gunakan insentif daripada kerajaan ini sebaiknya untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. Elakkan daripada membeli barang-barang kehendak seperti telefon, bahan-bahan hiburan serta lain-lain lagi. Semoga anda dapat merencanakan bajet anda dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *