Tayar ‘Second’ Murah Tapi Membahayakan. Ini 7 Punca Tayar Rosak

Tayar merupakan elemen penting kenderaan. Tanpa tayar, kenderaan tidak dapat bergerak dengan sempurna. Dalam ertikata yang lain, tayar yang rosak akan memberi risiko yang besar kepada kita. Contohnya, anda memandu pada kelajuan 80-90 km/h dan tiba-tiba tayar meletup, tentulah anda akan hilang kawalan dan akan menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.. Berikut merupakan punca-punca tayar rosak :

Kerosakan disebelah luar kedua-dua sisi tayar

Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda. Sila periksa secara berkala dan pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah disebabkan kebocoran kecil, siapa tahu?

Kerosakan ditengah

Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda. Ini kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang telah ditetapkan.

 

Kerosakan di sebelah bahagian luar tread tayar sahaja

Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat2 lah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

Kerosakan secara rawak. 

Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun “patchy” spot kelihatan di tayar anda, maka ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya  tayar yang tidak balance boleh dikesan awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal bila anda memandu kenderaan anda. Orang yang sudah lama memandu kereta, insya ALLAH boleh kesan masalah ini dengan lebih awal.

Kerosakan “cupping wear”

Dalam istilah lain dalam bahasa inggeris adalah “diagonal scalloping wear” yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspension kereta anda.

Kerosakan di sebelah sisi tayar
Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi yang menggunakan sport rim dengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.

Tayar koyak @ meletup
Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup, ianya berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum expired. Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan and gunakan tayar yang baru.

 

kredit :abejaq

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *