Telekom Malaysia Tawarkan WIFI@Unifi Percuma..

Selaras dengan penjenamaan semula yang dilakukan oleh Telekom Malaysia, TM menawarkan Wifi percuma dibawah nama wifi@unifi. Perkhidmatan percuma ini disediakan secara percuma kepada semua pengguna walaupun bukan pelanggan TM. Perkhidmatan percuma ini disediakan sehingga 31 Disember 2017.

Menurut TM, penguna boleh mengunakan perkhidmatan Wifi@Unifi tanpa login dan menikmati internet percuma dengan kelajuan 4Mbps di 4000 premis seluruh negara. Penguna cuma perlu melihat iklan sepanjang 15 saat sebelum boleh mengakses internet dan kuota diperuntukan adalah 500MB.

Menurut laman TM, mereka akan menyediakan aplikasi khas untuk memudahkan penguna mengetahui lokasi Wifi@Unifi yang berdekatan.

Sehingga artikel ini ditulis, semakan kami mendapati aplikasi ini belum lagi disediakan oleh TM di Google Play Store dan App Store.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *