• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Malaysia Sentral

You are here: Home / INFO / Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun Ini 2018/1439H

Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun Ini 2018/1439H

November 29, 2017 by

Maulidur Rasul merupakan satu tarikh yang cukup istimewa bagi setiap penganut agama Islam. Ia adalah tarikh dimana Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Bilakah Maulid Nabi? Maulid Nabi disambut pada setiap 12 Rabiul Awal pada setiap tahun Hijrah. Pada tahun ini, maulid nabi jatuh pada hari Jumaat Ini bersamaan dengan 1 Disember 2017/12 Rabiul Awal 1439H. Bermakna pada hari Jumaat ini, rakyat Malaysia akan mendapat satu cuti umum. Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ manakala tema sambutan maulidur rasul pada tahun lepas adalah ‘Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah’

Tema Sambutan Maulidur Rasul

Seperti yang anda sedia maklum, tema sambutan maulidur rasul pada setiap tahun adalah berbeza. Berkut merupakan tema sambutan maulidur rasul mengikut tahun :

  • 1439H/ 2017 : ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’
  • 1438H/2016 : ‘Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah’
  • 1437H/2015 : ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’
  • 1437H/2014 : ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’

Anda boleh mengetahui aktiviti maulidur rasul peringkat kebangsaan di laman web Jakim

Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab bin bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.
  • Tempat Lahir : Kota Mekah.
  • Tarikh Lahir : Subuh Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
  • Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
  • Pengasuh : Barakah al-Habsiyah.
  • Nama Ibu Susuan (1) : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Nama Ibu Susuan (2) : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
  • Gelaran : Al-Amin atau yang dipercayai.
  • Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah.
  • Umur Ketika Berkahwin : 25 tahun.
  • Nama Datuk : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
  • Nama Bapa Saudara : Abu Talib.
  • Umur Menjadi Rasul : 40 tahun.
  • Wahyu Pertama : 610 Masihi.
  • Tempoh Berdakwah Sembunyi : 3 tahun.
  • Tempoh Berdakwah Terang : 10 tahun.
  • Hijrah ke Madinah : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.
  • Tarikh Wafat: Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
  • Umur Ketika Wafat : 63 tahun.
  • Lokasi Kubur : Madinah Al-Munawarah

Tema Sambutan Maulidurrasul

Semoga artikel ini membantu anda untuk mendapatkan tema sambutan pada tahun ini.

 

 

Filed Under: INFO

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Permohonan Prasekolah 2019 Online
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019
  • Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018
  • Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online
  • Jadual SPM Ulangan SPMU 2018

Recent Comments

  • Ini Komen Balas Daripada Baby Shima Terhadap Mas Idayu Setelah Dikritik Keras! – Ye Dok Mu on Ini Komen Balas Daripada Baby Shima Terhadap Mas Idayu Setelah Dikritik Keras!
  • noztfantasi on Dari Sini Asal Usul Sebenar Lagu Tak Tun Tuang.
  • Lyana on Disebabkan Campur Tangan Ibu Mertua, Wanita Ini Diceraikan Talak 3
  • zahar on Nak Gear Automatik Tahan Lama? Ikuti langkah Mudah Ni.
  • Zahirah Macwilson Kesal Dengan Apa Yang Berlaku. Post Insta Story Kecewa Yang Ditujukan Kepada Zul Ariffin? – Penjejak Awan on Post Insta Story Kecewa Zahirah Macwilson – Betulkah Ditujukan Kepada Zul Ariffin?

Archives

  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017

Categories

  • artis
  • Automotif
  • doa
  • Dunia
  • INFO
  • Inspirasi
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Movie
  • petua
  • resepi
  • Sukan
  • wow