TERKINI – Pegawai Kementerian Dipantau SPRM Kerana Disyaki Merembat Dana Bantuan Orang Miskin

Beberapa orang pegawai sebuah kementerian kerajaan persekutuan dilaporkan sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki telah “merembat” sehingga ratusan juta ringgit Malaysia. Dana tersebut merupakan inisiatif kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti miskin tegar termasuk pelajar.

News Straits Times (NST) mendedahkan, pegawai-pegawai tersebut berpakat dengan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat yang sepatutnya menjalankan projek dan program untuk manfaat jutaan rakyat, tetapi sebaliknya mereka telah “merembat” lebih daripada RM100 juta ke dalam poket mereka sendiri.

Kumpulan penyangak ini dilaporkan bertindak licik, tidak meninggalkan sebarang jejak di atas kertas, malah saling bersubahat melindungi kesalahan masing-masing menyebabkan SPRM sukar untuk memperkukuhkan bukti-bukti meskipun telah membuat pemantauan sejak tahun lalu.

Namun, penyangak-penyangak ini dilaporkan lupa dengan adanya sistem Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara, yang berjaya mengesan pergerakan wang yang besar dalam akaun-akaun bank yang ada kaitan dengan suspek.

Sumber NST menyifatkan ia sebagai jenayah rasuah paling besar setakat ini, mengatasi semua kes sebelumnya. NST turut mendedahkan modus operandi kumpulan penyangak ini di dalam merompak wang rakyat.

Sejumlah peruntukan yang besar sepatutnya digunakan untuk menaik taraf kebajikan awam dan infrastruktur tempatan, telah diseleweng oleh penyangak-penyangak ini menggunakan syarikat-syarikat proksi untuk mengistiharkan di atas kertas kononnya projek-projek yang patut dilakukan sudah siap, namun sebenarnya tak ada apa pun yang dilakukan.

“Ia melibatkan puluhan projek-projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan bagi membantu golongan miskin, termasuk projek-projek bernilai RM500 juta dan RM1 bilion. Satu daripada projek inisiatif yang peruntukannya telah diseleweng ialah “Program makanan untuk pelajar-pelajar miskin”.

Sumber rapat dengan siasatan yang sedang dijalankan dipetik sebagai berkata, penyiasat-penyiasat SPRM telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 pegawai kementerian, yang bersekongkol menyeleweng dana berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *