Tersalah Isi Minyak Kereta.Apa yang Perlu Anda Buat?

Tersalah isi minyak kereta merupakan kecuaian yang sering terjadi.

DI BRITAIN, dilaporkan setiap tahun terdapat kira-kira 150,000 orang tersalah mengisi jenis minyak ke dalam kereta mereka. Tidak tahu berapa jumlah sebenar di Malaysia. Sekarang, andaikan anda salah seorang daripada pemandu malang itu, apa pula yang patut anda lakukan?-pandulaju

Berikut merupakan perkara penting yang perlu anda lakukan :

1.Jangan hidupkan enjin

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila tersedar tentang kesilapan anda adalah dengan tidak menghidupkan enjin kereta anda. Ini kereta apabila anda menghidupkan enjin, minyak akan akan dipam untuk masuk keruang pembakaran. Jika ini berlaku, tentulah kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi.

Maklumkan kepada atendan pam minyak. Minta bantuan mereka untuk meletak penghadang di belakang kereta anda. Buat panggilan kepada mekanik untuk memeriksa ataupun trak tunda untuk menunda kereta anda.

2.Berhenti serta merta

Jika anda telah memulakan pemanduan dan anda perasan mengenai kesilapan anda. Segera berhenti di tempat selamat. Semakin lama anda membiarkan enjin menggunakan minyak yang salah akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.

Antara simptom tersalah isi minyak adalah :

  1. Kereta tersengguk-sengguk
  2. Enjin tidak hidup
  3. Keluar asap berlebihan

TERSALAH ISI SEDIKIT MASIH OK

Namun, itu masih bukan berita yang buruk. Jika tersalah isi bahan api dalam amaun yang sedikit atau apa saja bahan asing lain, enjin anda masih mampu menanggungnya. Jika sekadar terisi satu pain petrol (lebih kurang 470ml, kurang setengah liter) ke dalam enjin diesel, anda kemungkinan besar masih boleh memandu dengan selamat jika mengisi semula minyak yang betul. Seeloknya, gunakan diesel dengan kebolehpelinciran (lubricity) tinggi yang lebih mahal.

Di Eropah atau negara empat musim lain, memang ada tabiat sesetengah pemandu kereta dan lori yang sengaja menambah sejumlah kecil petrol ke dalam tangki diesel supaya mudah menghidupkan kereta pada musim sejuk (tidak disarankan). Hasilnya jelas menunjukkan bahawa enjin kereta memang berkemampuan menangani campuran bahan api asing, asalkan dalam kuantiti kecil.

SUMBER: The Telegraph,Pandulaju

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *