Trik dan Tips Penjimatan Penggunaan Dakwat Printer. Boleh Jimat 20%!

Pencetak merupakan benda asas yang diperlukan oleh seorang pelajar. Kerja kursus, laporan bahkan bisnes mencetak di asrama juga memerlukan pencetak. Kriteria pencetak yang baik menurut penulis adalah :

1. Jenama

2. Dakwat Murah

3. Kurang meragam

Pada masa kini, menjadi trend pencetak menggunakan dakwat luar (Sistem CISS) . Tidak dinafikan, dakwat CISS jauh lebih murah daripada dakwat original. Namun, kos penyelenggaraan CISS lebih tinggi berbanding sistem dakwat dalam. Oleh itu,artikel kali ini akan membincangkan cara untuk menjimatkan dakwat pencetak dengan hanya menukar jenis tulisan.

Beberapa kajian dijalankan menunjukkan bahawa font Arial menggunakan 20% lebih dakwat berbanding jenis tulisan lain. Ini kerana font arial lebih tebal dan warnanya lebih pekat.

Times New Roman pula 27% lebih jimat daripada Arial.  Berikut merupakan 4 jenis tulisan yang boleh digunakan untuk menjimatkan dakwat :

1. Times New Roman

2. Calibri

3. Century Gothic

4. Ecofont

Penggunaan font jimat ini bolehlah anda gunakan untuk kegunaan peribadi namun jika Arial merupakan syarat untuk menghantar kajian,ikutlah arahan untuk mengelakkan markah anda dipotong.

Selain itu, pemilihan setting grayscale juga dapat menjimatkan penggunaan dakwat printer anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *