Ubahsuai Motorsikal? Ini Tips Agar Motorsikal Anda Tak Disita.

Motorsikal menjadi pilihan untuk diubahsuai. Ini kerana kosnya adalah lebih murh dan penggunaan yang lebih jimat menjadikannya sebagai kenderaan yang praktikal untuk diubahsuai. Berikut merupakan ubahsuai yang dibenarkan dan tidak dibenarkan :

PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan pengadang angin
2.  Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3.  Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4.  Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2.  Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3.  Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *